Ahli politik AS kritik Ramadan dijemput ke masjid

hasmid.transformed

 

HARRISBURG: Ahli politik Pennsylvania yang meminta maaf kerana mengkritik gereja yang menyiarkan mesej ‘Ramadan yang diberkati’ kepada umat Islam, menghadiri majlis keagamaan dan berbuka puasa di masjid Harrisburg.

Anggota lembaga sekolah, Matthew Jansen, dijemput ke Masjid Hadee, memberitahu Komuniti Islam Ahmadiya bahawa kenyataannya sebelum ini adalah ‘reaksi tidak berfikir panjang’. Jansen ialah anggota Daerah Sekolah Kawasan Spring Grove di York, terletak di Harrisburg.

“Saya tidak bermaksud mengecilkan kesan apa yang saya katakan, tetapi ia sekadar itu, lemah dan cuba memulakan perbualan dan pertengkaran, itulah saya,” kata Jansen, perwakilan yang dilantik ke Konvensyen Kebangsaan Republikan, yang menyokong calon parti itu, Donald Trump.

Jansen membuat panggilan untuk memberi komen itu awal bulan ini selepas Gereja St Paul di Dallastown, menyiarkan mesej ‘Selamat menyambut Ramadan yang diberkati kepada jiran Islam kami’. Paderi Christopher Rodkey berkata, pemanggil itu menyifatkan mesej sebagai ‘keji’ dan menyatakan Islam sebagai agama ‘tidak bertuhan’ dan ‘sesat’.

Jansen juga menyiarkan gambar bertandatangan di media sosial dengan nombor telefon gereja, tetapi kemudian meminta maaf bagi apa yang digelar ‘kemarahan.’ Di masjid berkenaan, Jansen dan anggotanya mendengar ceramah yang disampaikan Hassan Ahmed, yang berkata keganasan dilakukan sebilangan umat Islam adalah tidak dibenarkan oleh agama itu.

Jansen berkata, beliau menerima jemputan masjid itu kerana “apabila seseorang menjemput anda, tidak sopan jika tidak menerimanya.”

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/168756

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts