Ahli politik Islam mesti angkat agenda ummah, kepentingan agama

zaaba

 

AMPANG – Skop politik yang sepatutnya dimainkan pemimpin Islam adalah dengan mengangkat agenda ummah dan kepentingan agama, kata aktivis Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Fadhilah Ashari.

Katanya, untuk menyatukan semua parti adalah mustahil ketika ini, namun semua pemimpin Islam boleh sepakat dalam hal berkaitan agama.

“Siapa sahaja pemimpin yang dilantik, mereka sepatutnya adalah calon muslim berwibawa. Kerana kita sebagai masyarakat bawahan mengharapkan mereka untuk mengangkat suara Islam.

“Sebab itu politik mesti dilihat melebihi aspek ketaksuban kepartian. Ia perlu dilihat dari sudut mengangkat  agenda ummah dan penyatuan isu yang melibatkan kepentingan agama,” katanya pada Forum Wanita: Penglibatan Politik, anjuran Institut Kepimpinan Zaaba di sini, malam tadi.

Dr Fadhilah yang turut pernah terlibat dengan kerja kemasyarakatan dan jentera pilihan raya berkata, politik perlu difahami dari sudut kaca mata yang lebih luas.

Ini kerana katanya, politik adalah satu aspek pemerintahan dan menguruskan umat, di mana di kalangan umat, akan ada yang dipimpin dan memimpin.

“Misalnya dalam bidang perubatan, kita akan terangkan ‘pakcik, gula bawa penyakit, punca inflamation’, jadi  pakcik akan tanya, ‘apa saya boleh makan? Nak jawab apa? Semua makanan pun ada gula, jadi sebab itu kita kena faham kerangka sebenar, sebelum kaitkan dengan realiti.

“Sama jugalah kalau kita nak faham politik. Jika kita baca buku The Prince, politik dipisahkan sehabisnya daripada agama dan akhlak. Bermula dari zaman Barat, Barat ditindas oleh gereja ketika saintis muncul dengan penemuan baru.

“Sebab itu, rakyat bangkit menolak gereja. Dari situ bermulalah, pemisahan agama daripada politik, sebaliknya perjuangan itu diteruskan oleh golongan sekular hari ini.

“Namun, bagi Wanita Isma, kita tidak mahu seperti itu, kita mahu masyarakat melihat politik dari kerangka Islam yang syumul.

“Ingat, kita semua tak boleh lari daripada kerangka Islam. Tetapi yang menjadi masalah hari ini ialah apabila ada pihak yang mengubah kerangka politik Islam, hanya untuk memenuhi tuntutan realiti, itu yang salah,” katanya.
– Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts