1. Telah viral gambar seorang pembantu rumah (orang gaji) di Singapura yang ditinggalkan di kaki jalan sedangkan majikan mereka makan di sebuah warung.
2. Gambar yang menyayat hati ini telah mencuri perhatian seorang blogger Inggeris, Malcom Conlan. Beliau lalu menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Singapura mengadukan perihal yang memilukan ini.
3. Insiden ini mengingatkan kita bagaimana Rasulullah melayan orang suruhan Baginda. Rasulullah sangat menjaga kebajikan orang suruhan Baginda bahkan mengarahkan sahabat supaya berbuat baik dengan orang suruhan mereka. Sabda Rasulullah:
.إخوانكم خولكم جعلهم الله تحت أيديكم ، فمن كان أخوه تحت يده فليطعمه مما يأكل ، وليلبسه مما يلبس ، ولا تكلفوهم ما يغلبهم ، فإن كلفتموهم فأعينوهم
“Sesungguhnya saudara kamu adalah sahabat kamu yang Allah jadikan mereka di bawah jagaan kamu. Barangsiapa yang mempunyai orang suruhan daripada kalangan saudara muslimnya, maka hendaklah mereka diberi makan apa yang Tuan mereka makan, pakaikanlah mereka pakaian seperti yang dipakai oleh Tuannya dan janganlah kamu menyuruh mereka apa yang mereka tidak mampu. Dan apabila kamu beri arahan maka hendaklah kamu bantu mereka.” (HR al-Bukhari)
4. Lihatlah betapa tingginya akhlak Rasulullah dan ajaran Islam. Sehingga hamba atau orang suruhan pun Rasulullah minta supaya dilayan dengan baik. Orang suruhan mesti diberi makan seperti apa yang dimakan Tuan mereka, diberi pakai seperti pakaian Tuan mereka. Tidak menzalimi mereka.
5. Teringat kita juga bagaimana Rasulullah melayan Saidina Anas dengan baik. Baginda tidak pernah bertanya mengapa engkau berbuat demikian, mengapa engkau berbuat sebegitu. Kasih sayang Baginda dirasai oleh Anas.
6. Sekiranya Tuan-tuan ada orang suruhan atau pembantu rumah, layanlah mereka dengan baik. Jangan dibiarkan mereka duduk dikaki lima, menunggu kita habis makan sedangkan mereka duduk bertempuh di kaki jalan. Jangan biarkan keadaan penghambaan moden ini berlaku.
Moga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)