Akidah bukan ditentukan atas kertas: Mufti Perlis

 

KANGAR – Hukuman mahkamah yang membatalkan keislaman seseorang sama sekali tidak menyebabkan individu itu terkeluar daripada agama tersebut kerana akidah dan kepercayaan bukannya ditentukan di atas sijil pendaftaran.

Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, sebaliknya sijil tersebut hanya untuk pentadbiran yang kadang kala prosesnya terpaksa memakan masa atau pun disebabkan individu itu sendiri, yang enggan menukar dokumen terbabit.

Kata beliau, begitu juga sebaliknya jika seseorang muslim yang mengamalkan cara hidup kafir adalah terkeluar daripada agama itu walaupun di dalam kad pengenalannya menyatakan bahawa dia beragama Islam.

“Saya tidak bermaksud menghina mana-mana keputusan mahkamah atau tidak merujuk mana-mana kes tetapi setiap muslim harus faham hukum, kerana akidah itu tidak ditentukan di atas ‘kertas’ sebaliknya keyakinan kepada Allah SWT,” katanya dalam satu rakaman kuliah yang dimuat naik dalam Facebook Suara Sunnah. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts