BANGI – Jumlah ahli yang ramai dalam sistem kepimpinan amat penting dalam faktor semak dan imbang yang berkesan.
Namun matlamat kepimpinan itu tidak akan tercapai jika ahli yang terpercaya ini telah rosak, hilang integriti dan kemahiran serta jauh lari dari agenda sebenar organisasi mereka.
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad berkata, Allah SWT menyediakan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dan panduan serta manual kepimpinan buat manusia yang dicipta dengan kekurangan dan kelemahan.
Katanya, dari segi pengurusan, manusia yang memimpin seorang diri akan binasa sama ada diri mereka sendiri atau sistem yang mereka pimpin – kecuali para Nabi dan Rasul yang dipandu terus oleh Allah SWT.
“Kebinasaan ini berlaku disebabkan faktor yang sama, iaitu kelemahan manusia. Ini jelas terbukti jika kita mengkaji sistem kepimpinan diktator atau raja yang memiliki kuasa mutlak.
“Solusinya ialah dengan membina perkumpulan orang-orang yang terpercaya bagi memandu dan mengawal pemimpin tertinggi sesebuah organisasi. Sistem kepimpinan Islam yang digunapakai oleh gerakan Islam atau NGO Islam menggunakan syura bagi mengimbangi kuasa Amir/Presiden.
“Entiti perniagaan pula menggunakan Board of Director (BOD) sebagai medium lebih tinggi bagi membuat keputusan dan memberikan arahan kepada MD/CEO,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala dalam sistem politik, Lukman berkata, Perdana Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen yang terdiri dari Ahli Parlimen yang dilantik rakyat
“Kelemahan manusia tetap ada dalam sistem syura, BOD mahupun Parlimen namun bilangan ahli yang ramai merupakan faktor semak dan imbang yang berkesan.
“Kecualilah sebahagian besar ahli yang terpercaya ini telah rosak, hilang integriti dan kemahiran serta telah jauh lari dari agenda sebenar organisasi mereka
“Pengajaran untuk kita ialah, selain melahirkan pemimpin yang berwibawa, perjuangan yang tidak kurang pentingnya ialah membina suatu sistem kepimpinan yang hebat dan teguh dengan ujian masa!,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)