Antara tanda-tanda jatidiri muslim secara umumnya semakin hilang dan merudum, apabila mereka sendiri merasa alergi untuk menggunakan beberapa istilah agama.
1. Jihad hanya digunakan untuk menggambarkan usaha bersungguh-sungguh seperti jihad ekonomi dan pekerjaan.
2. Hudud tidak perlu diwar-war dan dibicarakan. Hanya cukup islam itu adil, tidak zalim, dan datangnya untuk memberi rahmat.
3. Kufur, kafir, nifaq, munafiq adalah bahasa pemecah belah. Sedangkan islam itu sifatnya damai, adab, akhlak, lemah lembut.
4. Bidaah ialah istilah ‘baru’ golongan wahabi. Seolah-olah tiada perkara bidaah dalam agama. Apa salahnya syaikh, bukankah ianya baik.
Saya tidak bermaksud seseorang itu bebas untuk menggunakan perkataan-perkataan di atas tanpa dhawabit/panduan.
Tetapi kegusaran saya ialah kefahaman Islam yang ‘pincang’ yang dibawa ke dalam masyarakat, sehinggakan jika ada ilmuan yang menggunakan istilah-istilah di atas dengan dhawabit pun, mereka akan digelar ekstrimis, teroris, khawarij, tidak beradab dan tidak berhikmah.
Ustaz Nasaie Hanaffie
Sumber: https://www.facebook.com/nasaie.hanaffie/posts/10211665836098940
www.indahnyaislam.my