Allah SWT timpakan musibah atas perbuatan makhlukNya

 

SEGALA musibah itu Allah SWT timpakan ke atas kita dengan kuasaNya yang tidak terbatas.

Segala musibah itu Allah SWT timpakan ke atas kita akibat perbuatan kita.

Musibah yang menimpa akibat perbuatan kita sendiri secara langsung, mudah difahami oleh kebanyakan orang. Serupa orang cakap, “sendiri cari pasal”.

Musibah yang menimpa akibat perbuatan orang lain, itu namanya bala. Kita tidak minum arak, kita tidak makan babi, kita tidak makan kelawar, tapi kita juga terkena musibah itu.

Langkah terpenting untuk mencegah bala ialah amar makruf nahi mungkar.

Amar makruf mungkin mudah, tapi nahi mungkar perlukan kuasa. Itu sebab kuasa dominan pastikan berada di tangan muslim.

Apabila tiada nahi mungkar, apabila syariat Allah SWT tidak dipatuhi, maka sunnah Allah SWT datang menghukum dengan bala, yang menimpa bukan sahaja ke atas orang yang buat mungkar, tapi ke atas semua orang.

 

 

Langkah kedua ialah mematuhi sunnah Allah SWT dalam menghadapi bala, dalam konteks sekarang ialah wabak atau penularan penyakit berjangkit.

Ambil langkah-langkah yang dianjurkan oleh pihak yang kredibel dan berautoriti.

Langkah ketiga ialah berdoa supaya Allah SWT menyelamatkan kita daripada wabak.

Ketiga-tiga langkah ini berasaskan tuntutan agama. Itulah sikap orang beragama. Tetapi pada hari ini, sebahagian masyarakat memahami bahawa agama hanya berkaitan langkah ketiga.

Sehubungan itu, kita jangan pesan supaya orang Islam berdoa sahaja, tetapi kita juga kena desak umat Islam Uyghur dibebaskan.

Kita juga kena desak kerajaan bertindak lebih tegas terhadap kemasukan pelancong China, selari dengan anjuran badan-badan berautoriti seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Ini semua satu pakej.

Jika kita hanya hubungkan Islam dengan doa sahaja, maka kita secara tidak sedar menyumbang ke arah memomokkan wajah negatif, reaktif, pasif kepada agama suci dan benar ini. – Ismaweb

Ustaz Hazizi Ab Rahman 
Naib Presiden Berjasa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts