Alternatif kurma untuk anak

13269272_10154058075756690_2633935327392103385_n

 

Alhamdulillah Allah beri peluang menghabiskan hari pertama Ramadan. Kami di sini (Korea) berbuka jam 7.52 malam (hampir jam 8 malam) dan Subuh jam 3.20 pagi.

Jangka masa yang panjang dan mencabar untuk anak-anak (juga mak ayahnya). Saya cuba sebaiknya mencari cara mudah untuk bekalkan tenaga buat anak-anak dan diri.

Kurma memang sangat bagus sebab dia release energy slowly which means tenaga berpanjangan dan mudah diurai. Kurma juga banyak khasiat yang saya kira ramai dah tahu.

Anak-anak saya ada yang mudah makan kurma dan ada yang tak kena dengan seleranya. Jadi alternatifnya saya cuba buatkan minuman khasiat ini yang mengandungi pelbagai bahan pembekal tenaga dan nutrisi yang diperlukan.

Bahan: untuk satu cawan

  • 5 biji kurma
  • 2 sudu kismis
  • 1 biji pisang
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu bear madu (gantikan gula)
  • sedikit ais

Blend kesemuanya, kalau berbuka hampir azan baru saya blend. Boleh siapkan bersama anak.

Sahur juga boleh minum. Juga sesuai ibu yang menyusukan anak dan diri kita sendiri bagi membekal tenaga dari sumber segar. Anak-anak siap listkan khasiat dalam secawan:

  • potassium
  • serat
  • calcium
  • kandungan air tinggi dalam kurma
  • protein
  • zat besi
  • dan banyak lagi…

Dan juga kalau doktor yang on call pun boleh bawa bekal.. simpan dalam fridge sebab kadang-kadang tu tak sempat jamah makanan pun.. minum je kan.. huhu moga Allah terima pengorbanan..

Dr Anayasmin Azmi

Sumber: https://www.facebook.com/anayasmin/posts/10154058093806690

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts