Aman Palestin ajak rakyat suarakan protes ke atas kezaliman Zionis

BANGI – Aman Palestin Bhd menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar rakyat negara ini mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang terus ditindas Israel.

Pengurus Aman Palestin Cawangan Shah Alam, Ustaz Mohd Hanif Mohd Shaidi berkata, bagi menjunjung titah Agong, rakyat terutama sekali umat Islam mesti menunjukkan satu kesatuan yang utuh berkaitan isu Palestin ini.

“Semua masyarakat sepatutnya menyuarakan protes di atas kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis, Israel sejak puluhan tahun dulu sehingga kini terhadap rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Bahkan, bukan sahaja umat Islam, beliau berkata, masyarakat bukan Islam yang mencintai kedamaian, telus dengan hak-hak kemanusiaan yang tertindas perlu turut sama mengangkat isu ini.

“Kita angkat isu ini sehingga dapat memberi tekanan kepada negara haram Israel. Moga dapat membebaskan terus Palestin daripada penjajahan ini,” katanya.

Sebelum ini, Al Sultan Abdullah menzahirkan sokongan kepada rakyat Palestin yang kini terus dijajah dan ditindas oleh negara haram Israel.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menyokong pendirian berprinsip dan tidak berbelah Malaysia dalam mengecam dan menolak pelan rejim Israel untuk mengilhakkan (annex) sebahagian tanah-tanah Palestin yang ditakluki Israel sejak 1967 di Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan agar masjid-masjid dan surau-surau dalam negara ini mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan dari Allah SWT. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts