Ambil iktibar insiden serangan Mekah

 

Insiden seorang lelaki cuba meletupkan diri berhampiran Masjidilharam dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri baru-baru ini menggemparkan ramai pihak.

Walaupun cubaan lelaki yang dipercayai anggota kumpulan militan itu berjaya dipatahkan pasukan keselamatan Arab Saudi, namun detik ‘hitam’ berkenaan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang cedera termasuk lima anggota polis.

Pengebom bunuh diri yang me­rancang serangan itu bagaimanapun meletupkan bom pada badannya apabila pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah di sana.

Difahamkan, serangan itu berlaku kira-kira empat bulan selepas seorang lelaki dipercayai tidak siuman cuba membakar diri berhampiran Kaabah.

Rentetan dua insiden terbaharu ini, umat Islam sepatutnya mengambil iktibar agar peristiwa yang sama tidak lagi berulang.

Mengapakah Mekah dijadikan sasaran oleh penye­rang berkenaan?

Seorang saintis Islam kelahiran Amerika Syarikat (AS), Dr. Kamal Hussein dalam kajiannya kira-kira empat dekad lalu pernah menyatakan, Mekah merupakan lokasi istimewa yang bukan sahaja terletak di tengah-tengah pusat bumi, malah berada pada titik pertemuan antara radiasi magnetik di alam semesta.

Hal itu dibuktikan dengan kedudukan Kaabah yang menjadi satu-satunya kiblat untuk umat Islam sama ada ketika bersolat atau semasa mengerjakan haji.

Menguatkan dakwaan tersebut, perkara yang sama turut diperjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 142-143 yang menceritakan proses pemindahan kiblat dari Baitulmaqdis ke Mekah yang menjadi satu-satunya kiblat untuk umat Islam sehingga hari ini.

Disebabkan ‘keistimewaan’ itu, tidak hairanlah jika Mekah dicemburui oleh musuh Islam yang tidak senang duduk melihat perkemba­ngan dan kemajuan yang dicapai oleh kota suci berkenaan.

Bagaimanapun, secara teori­nya, tidak mustahil serangan se­perti itu akan terus berulang pada masa depan walaupun tahap ke­selamatan di Mekah sentiasa dipertingkatkan hampir setiap tahun khususnya semasa tiba musim haji.

Seharusnya, negara Is­lam yang lain tidak sepatutnya ‘lepas tangan’ dan membiarkan Arab Saudi sahaja memikul beban berkenaan.

Dalam hal ini juga, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam mempertahankan kesucian kota suci umat Islam ini daripada terus ‘dinodai’.

Pada masa yang sama, negara-negara yang bernaung di bawah Liga Arab dan Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) selaku jiran yang paling hampir dengan Arab Saudi juga perlu ‘duduk semeja’ untuk memikirkan jalan penyelesaian terhadap isu ini.

Lupakan segala persengke­taan yang timbul dan bersamalah demi kesatuan ummah sejagat.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ambil-iktibar-insiden-serangan-mekah-1.498385

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts