SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru umat Islam menghayati dan mengambil iktibar peristiwa turunnya kitab suci al-Quran.
Baginda berdua bertitah demikian menerusi kemaskini yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office bersempena Hari Nuzul al-Quran yang disambut tanggal 17 Ramadan pada Khamis.
“Baginda turut mengingatkan agar muslimin dan muslimat sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
“Baginda juga menyeru umat Islam mengambil pengajaran daripada isi kandungan al-Quran yang telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya,” titahnya -Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)