Anggap tuhan makhluk halus boleh terkeluar dari Islam – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Menyamakan tuhan dengan makhluk halus dalam keadaan sedar telah terkeluar daripada Islam.

Itu teguran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul kepada seorang pengasas produk bakeri.

Menerusi akaun Twitternya, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Maza berkata, seseorang Islam yang berbuat demikian wajib  bertaubat dan mengucap syahadah semula.

“Ada pihak menunjukkan satu rakaman video kepada saya yang seorang mengucapkan “Tuhan juga adalah makhluk halus”.

“Saya ingin tegas jika ungkapan ini disebutkan oleh sseorang yang faham maksudnya dalam keadaan sedar, maka pengucap itu terkeluar daripada Islam. Wajib dia bertaubat dan bersyahadah,” tulisnya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada video yang tersebar di media sosial menunjukkan pengasas produk bakeri, Siti Noor Sabrina Soobri mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan tuhan sebagai makhluk halus.

“Tuhan adalah tidak nampak, tuhan juga benda halus, tidak nampak sebab dia bukan fizikal, bukan yang nampak. Sebab itu kenapa kena belajar ilmu ini banyak sebab produk anda tidak boleh nak connect dengan tuhan.

“Tuhan juga adalah makhluk halus tapi boleh dirasai.Makhluk sebenar yang halus ini tidak boleh dinampak tapi boleh merasai,” katanya dalam sebuah video berdurasi 0.50 saat.

Kata-katanya itu turut mengundang pelbagai pandangan  netizen terutama yang tidak berpuas hati terhadap apa yang telah diungkapkannya.

Beberapa jam selepas itu, Siti Noor Sabrina atau juga dikenali sebagai Mamasab menerusi akaun Instagramnya akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau mengaku telah tersalah menggunakan perkataan sehingga mencetuskan kontroversi.

“Setiap manusia tak lepas buat salah.. Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk explain(jelaskan) satu kekuasaan yang sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya digunakan. Minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk.

“Mama ambil penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yang baru nak belajar mengenal pasti kekuasaan yang luar biasa,” tulisnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana teguran yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih untuk yang ambil berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama. Alhamdulillah..atas teguran.. Mama selalu cakap dengan anak-anak Mama.

“Bila ada orang menegur itu bukan bermaksud dia benci..tapi dia sayang.. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi,” tambahnya.-MalaysiaGazette

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts