BANYAKKAN membaca buku-buku ilmiah dan tadabbur Al-Quran, berbanding menyelak ‘muka buku’ dan yang sewaktu dengannya.
Membaca buku secara satu persatu helaian mukasurat mendidik seseorang untuk lebih tenang, berfikiran panjang, dan bersabar dalam sesuatu perkara yang menatijahkan hasil yang memerlukan masa.
Penggunaan teknologi tanpa kawalan pada hari ini sedikit sebanyak mendidik jiwa agar nak segera dalam semua perkara.
Sedikit sebanyak membentuk karekter yang panas baran, tidak sabar, mudah melenting, dan berfikiran pendek. Ia hakikatnya adalah karakter yang bertentangan dengan susuk tubuh manusia yang dikehendaki Al-Quran, dan tarbiah acuan Islam.
Tutup ‘muka buku’mu seketika, ambil masa 20 minit, baca 2-3 helaian Al-Quran, kemudian ambil 20 minit lagi, untuk renungi ayat-ayat yang dibaca dan lakukan muhasabah terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.
Lazimi ia setiap hari, anda akan dapati diri anda lebih bermakna, dan lebih berkembang, berbanding 1-2 jam yang anda habiskan dalam ‘scrolling’ tanpa sempadan mengenai cerita peribadi kehidupan orang lain (yang kebanyakannya tidak ada kena mengena pun dengan hidup anda), atau isu-isu panas (yang anda hanya jadikan ia bahan sembang bersama kawan-kawan), atau apa-apa yang tidak begitu membina kehidupan anda.
Hiduplah dengan penuh makna, dan ketahuilah bahawa Al-Quran yang mengajar manusia hakikat kehidupan.
“Adakah seseorang yang mati itu lalu Kami hidupkan dia dan Kami jadikan baginya cahaya untuk berjalan di sekeliling manusia, sama seperti seseorang dalam kegelapan yang dia tidak tahu pintu keluarnya? Demikianlah dihiaskan kepada orang kafir terhadap apa yang mereka lakukan” – Surah Al-An’am
Wallahua’lam.
Ustaz Syamil Esa
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)