APA erti kita beragama Islam jika kita menyamakan Islam setaraf dengan agama-agama yang lain.
Inilah akibat terlalu larut dalam perjuangan toleransi dan optimis dalam berdepan dakyah liberalisasi dan kristianisasi, sampaikan tak sedar diri sudah jauh dari prinsip Islam.
Apa logik dan rasionalnya Allah mengutuskan para Nabi dan Rasul kepada manusia?
Sudah tentu matlamatnya adalah supaya Islam menjadi agama manusia, bukan lagi menyebah tuhan yang sia-sia.
Menghayati kisah di sebalik Peperangan Badar yang dicetuskan oleh Abu Jahal,
Rasulullah dan para sahabat berdepan dengan gerombolan Musyrikin mekah yg datang semata-mata ingin membunuh Rasulullah dan melenyapkan cahaya Islam. Sangkaan mereka inilah peluang.
Perintah Allah jelas perangilah mereka wahai Muhammad, bersama dengan kekuatan sedikit mereka bercita-cita mengalahkan bala tentera yang ramai lengkap bersenjata.
ويكون الدين كله لله
…dan kembalikanlah semua agama itu hanya kepada Allah (Islam).- (Al-Anfaal)
Dengan pertolongan Allah Islam menang.
إن الدين عند الله الإسلام
Sesungguhnya Agama di sisi Allah hanyalah Islam.
Sepatutnya seorang ilmuan Islam dan tokoh masyarakat, perlu lebih jelas dan tegas dengan matlamat dan prinsip perjuangan Islam.
Kecuaian inilah, membuka ruang dan peluang agama Islam difitnah, dihina dan ditindas.
Ustaz Fahmi Bazlan
Ketua Pemuda BERJASA Malaysia
Ydp BERJASA Shah Alam
Angkatan Pemuda-Pemudi Berjasa – Angkasa
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM