Apa istimewanya arak sehingga mahu disamakan dengan minuman lain?
Jangan biarkan arak bermaharajalela di rumah ketika ‘lockdown’. Kesannya buruk kepada ahli keluarga.
Kita cukup hairan, ketika negara dilanda wabak, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) terus mendesak kerajaan membenarkan kilang minuman keras beroperasi. Tidak ketinggalan juga pusat-pusat judi.
Tidakkah ultra kiasu ini sedar bahawa, manusia tidak akan mati tanpa arak tetapi pasti akan mati apabila terkena wabak. Segalanya dengan izin Allah SWT.
Sepatutnya, ultra kiasu ini berterima kasih kepada kerajaan kerana mula mendidik rakyat menjauhi minuman syaitan ini kerana punca kepada segala kemaksiatan dan kemudaratan.
Ketika hari biasa, kita terus didendangkan dengan kemalangan sehingga menyebabkan kematian, gara-gara pemandu mabuk.
Ultra kiasu menjadi peminum, yang mati dan kena langgar adalah orang yang tidak minum arak. Adakah ini wajar dan patut dibiarkan? Sepatutnya, kamu yang minum, kamu yang kemalangan, kamulah yang mati. Ini tidak, dia yang minum dan mabuk, orang lain pula yang mati.
Jika ketika ‘lockdown’ kilang arak terus beroperasi, semakin mudah arak didapati dan kita seolah-olah menggalakkan orang minum ketika berada di rumah.
Tidakkah ia membahayakan ahli keluarga yang berada di rumah?
Jika ketika hari ini biasa menyusahkan orang lain sehingga menyebabkan kematian, apakah ketika lockdown ini, ahli-ahli keluarga akan menjadi mangsa gara-gara arak ini?
Begitu juga apa istimewanya judi sehingga mahu disamakan dengan perniagaan lain?
Melainkan perniagaan ini mengundang kepada kemaksiatan dan murka Allah
Jika arak itu boleh diminum seperti kita meminum minuman yang lain, saya cadangkan ultra kiasu MICCI meminumnya terlebih dahulu setiap hari setiap masa, sama seperti beliau meminum air lain.
Setiap kali pergi klinik, pegawai perubatan akan bertanya ada minum arak? ada merokok? Kenapa ibu-ibu mengandung diharamkan minum arak ketika mengandung? Itupun sudah cukup untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan, untuk samakan arak dengan minuman yang lain.
Ultra kiasu yang membantah keputusan kerajaan itu dilaporkan berkata, sepatutnya tiada diskriminasi oleh pihak berkuasa terhadap minuman beralkohol ketika memutuskan untuk menentukan sektor mana yang harus dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh. Minuman beralkohol juga wajar dikategorikan sebagai satu keperluan asas seiring dengan minuman bergula dan berkafein yang lain.
Ingatan saya kepada ultra kiasu ini, berterima kasihlah kepada kerajaan bukankan mendesak, kerana kerajaan mahu menyelamatkan rakyat bukan merosakkan rakyat.
Saya tidak boleh bayangkan jika ultra kiasu dibiarkan memerintah sekali lagi, apakah kilang arak dan pusat judi akan terus dibuka ketika negara dilanda wabak?
Tidak cukupkah pengajaran sebelum ini, yang membenarkan judi dan arak terus berleluasa? Bila rakyat protes, mulalah kelam kabut.
Ketika negara dilanda wabak,tutuplah terus kilang arak.
Elakkan maksiat daripada merebak, barulah jelas nampak warak.- Ismaweb
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)