Apa kata agama tentang arak

 

Arak merupakan sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan boleh menimbulkan mabuk. Walaupun air itu diminum banyak baru memabukkan, dengan kuantiti yang sedikit pun ia tetap dikira sebagai arak kerana mempunyai ciri-ciri bahan tersebut.

Sejarah penciptaannya agak panjang merujuk artikel National Geographic: The Birth of Booze, bukti penciptaan arak terawal ditemui di Jiahu, China. Antara bahan yang digunakan adalah jagung, barli, beras, gandum, anggur, tebu dan lain-lain lagi.

Agama dan arak

Agama datang untuk mengawal manusia dengan hukum Allah agar tidak melakukan kerosakkan di dunia. Ini kerana, arak merupakan ibu segala perbuatan buruk kerana dengan mabuknya seseorang itu akalnya sudah tidak berfungsi dengan waras dan dia boleh melakukan apa sahaja dari luar kawalannya. Malah majoriti agama mengharamkan arak. Sebelum ini, hanya Islam sahaja agama yang terkenal mengenai larangan terhadap minuman keras ini, sebenarnya larangan yang sama terdapat di dalam agama yang lain:

Agama Islam

Di dalam Islam, jika mahu dibandingkan bilangan dalil larangan minuman keras berbanding agama lain, tidaklah sebanyak terdapat di dalam Bible dan juga kitab-kitab Hindu. Akan tetapi oleh disebabkan muslim itu bermaksud seseorang yang tunduk patuh kepada arahan Allah maka kuantiti bilangan itu bukan perkara utama kerana apa yang utama adalah mereka mengikut segala aturan yang disebutkan di dalam kitab suci. Sebab itu dilihat orang Islam lebih sensetif terhadap larangan ini. Di dalam al Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut mengenai larangan arak:

a) Surah al-Ma’idah: 90,
b) b) Surah Al-Baqarah: 219,
c) c) Surah an-Nahl: 97

Agama Hindu

Ayat yang melarang meminum arak dalam:
a) Rigveda buku 8 hymn 2 ayat 12 ,
b) Rigveda Buku 8 hymn 21 ayat 14,
c) Athravaveda 6: 70: 1,
d) kitab Manusmriti 7: 47-50,
e) Manusmriti: 11: 55,
f) Manusmriti 11: 91.
g) Malah di dalam Kitab Manusmriti juga melarang menjual arak dalam Manusmriti 9: 225.

Di dalam Hindu dibezakan diantara minuman Soma dan juga Sura. Soma ialah minuman yang digunakan untuk ritual keagamaan (zaman Vedik) dan dikatakan ia sejenis minuman memabukkan yang banyak kali disebut di dalam Veda (Rig Veda:1:116:7, 8:2:12, 10:131:4-5) tetapi resepi air ini sudah pupus dan tidak dapat dibuat sekarang. Ada yang mengatakan ia dibuat dari susu dan ada dikatakan ia dibuat dari sebuah pohon yang menjalar di gunung (Mark Cartwright: Ancient History Encyclopedia: Soma: 2016).

Manakala Sura pula adalah minuman beralkohol sepertimana arak-arak yang sedia ada pada hari ini. Menurut Madhavi Bhaskar Kokhatkar di dalam jurnalnya Review: Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice mengatakan minuman Sura atau arak ini dilarang di dalam agama Hindu.

Walaupun Veda membenarkan meminum Soma, pada masa yang sama ia juga melarang meminum minuman yang beralkohol (Sura):

“Minda yang lemah orang yang mengambil daging, minuman keras, dadu di papan judi, lelaki yang ghairah (ni-han) pada seorang perempuan- begitu juga biarkan pikiranmu, wahai yang tak terhindar (aghnya) kuatkanlah anakmu.” (Athravaveda: 6: 70: 1)

Ini menunjukkan bahawa meminum minuman keras adalah dilarang malah di dalam kitab Manusmriti terdapat banyak larangan mengenai larangan meminum Sura:

“Killing a Brahmana, drinking (the spirituous liquor called) Sura, stealing (the gold of a Brahmana), adultery with a Guru’s wife, and associating with such (fenders), they declare (to be) mortal sins (mahapataka).” (Manusmriti: 11: 55)

“A twice-born man who has (intentionally) drunk, through delusion of mind, (the spirituous liquor called) Sura shall drink that liquor boiling hot; when his body has been completely scalded by that, he is freed from his guilt.” (Manusmriti 11: 91)

Malah tidak menjadi isu apabila ketua Menteri negeri Bihar, Nitish Kumar mengharamkan arak di negeri majoriti Hindu itu pada awal April 2016.

Agama Buddha

Di dalam Pencasila (lima sila) ajaran Buddha, sila terakhir menyatakan perlu menghindari minuman yang memabukkan. Sebutan di dalam bahasa Pali “Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami” yang bermaksud menahan diri daripada meminum minuman memabukkan.

Malah ilmuan Buddhis sendiri seperti Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts menyatakan sekiranya seseorang itu mengambil sedikit sahaja minuman keras tetap juga dilarang. Begitu juga dengan ilmuan yang lain:

“The Vibhanga states that even as little as a drop the size of a dewdrop on the tip of a balde of grass is enough to constitute a violation. So, having even small glass of wine, even if it does not make one drunk, is a transgression.” (Veberable Fa Xun: One Life Five Precepts: 2011: hlm 73)

“It it known that intoxicants even in small amounts can make one less sensitive, heedless and easily swayed by the defilements. As one starts to enjoy getting high on intoxicants, the effect becomes addictive and usage increases.” (Chan Khoon San, Introductory Course in Buddhism: 2002 hlm 89)

Agama Yahudi

Di dalam Perjanjian Lama terdapat banyak ayat mengenai larangan meminum arak:
a) Imamat 10:9,
b) Bilangan 6:3,
c) Ulangan 29:6,
d) Hakim-Hakim 13: 4,
e) Hakim-Hakim 14: 1,
f) Samuel 1: 15,
g) Amsal 20: 1, 31: 4-6,
h) Yesaya 5: 11, 22: 24: 9, 28: 9,
i) Mikha 2: 11

Agama Kristian

Larangan-larangan dalam Perjanjian Lama, dalam perjanjian baru dalam Injil Lukas 1: 15 dan Efesus 5: 18

Agama Sikh

Dalam kitab agama Sikh Guru Granth Sahib Ji himpunan Guru Gobing Singh terdapat larangan meminum arak:
“Minum anggur menurunkan kecerdasan dan merosakkan fikiran.” (Sri Guru Granth Sahib: hlm 554)
Di dalam agama Sikh juga terdapat 5 larangan asas antaranya:

1) Tidak boleh potong rambut
2) Tidak boleh berkelakuan buruk
3) Tidak boleh merokok
4) Tidak boleh memakan daging yang disembelih
5) Tidak boleh minum arak

Amalan agama menggunakan arak

Adapun sebahagian agama animisme dan agama penyembah roh, kebiasaannya mereka akan menggunakan arak sebagai ritual keagamaan mereka. Hal ini boleh dilihat sebahagian besar Cult di Afrika dan masyarakat Afrika Amerika yang menggunakan arak di dalam amalan mereka seperti Candomble, Kumina, Voodoo, Umbanda, Quimbanda, Santeria dan lain-lain.

Disamping itu juga, terdapat juga ajaran Kristian khususnya yang turut menggunakan arak di dalam ritual mereka. Sebab itu apabila dilihat sebahagian Kristian seperti Black Christ turut menggunakan arak disebabkan sinkretisme amalan masyarakat (animisme) mereka dengan ajaran Kristian yang disampaikan oleh pendakyah Kristian sehingga wujudnya pengambilan arak di dalam agama.

Di dalam bentuk lain pula, berlaku pengambilan arak di dalam agama Kristian disebabkan wujudnya penafsiran yang menyimpang daripada teks-teks Bible. Walaupun Bible melarang mengambil arak, mereka berhujah dengan mengatakan dibolehkan asalkan diminum jangan sampai mabuk. Mereka juga tafsir dengan mengatakan ayat itu diturunkan di zaman dahulu dan situasi pada hari ini tidak sama dengan sekarang malah ada juga menafsir, ayat itu hanya khusus untuk orang Yahudi sahaja dan tidak kepada non Yahudi sebab itu sebahagian mereka membenarkan meminum arak. Malah terdapat banyak lagi tafsiran yang menyimpang.

Itulah antara faktor utama kerosakkan di dalam sesebuah agama. Sinkretisme dari kepercayaan lain dengan mencampur adukkan amalan antara agama dengan agama lain dan juga amalan penafsiran yang liberal sehingga menyimpang dari teks asal.

Kesimpulan

Majoriti agama besar mengharamkan arak. Malah secara logiknya juga manusia menolak akan kemudharatan terhadap pengambilan arak. Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukkannya nescaya senarai keburukkannya terlalu banyak untuk disenaraikan. Malah dengan pengambilan arak juga manusia boleh terjebak dengan jenayah yang lain-lain kerana akal mereka sudah tidak stabil lagi. Sebab itu terdapat akta mengenai kesalahan memandu dengan pengaruh alkohol di seluruh dunia. Sekiranya manusia itu waras akalnya sudah pasti akan menjauhi arak, terutama ia adalah arahan Allah yang melarangnya dan juga ia memudharatkan. Sebuah kisah sebagai penutup yang diceritakan oleh ilmuan Buddhis Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts:

“There once was a man who wanted to “just have a little drink,” but he did not have a dish of food to go with it. Seeing that his next-door neighbour was raising an old hen that was cackling away, he stole the hen and killed it to make a dish to eat while he drank his liquor. Thus he had broken the precepts against killing and stealing in one fell swoop. When the lady of the house next door came home and asked about her hen, the man told her that he had not seen it, thereby breaking the precept against lying. By now the man was a bit drunk, and seeing how beautiful the woman was, he started flirting with her and touching her in an indecent manner. Consequently, he also broke the precept against sexual misconduct. It was because of consuming intoxicants that all five precepts were broken in one stroke.”

Dengan hanya bermula sedikit ia boleh menyebabkan manusia melanggar semua hukum hakam dan ia diumpamakan ibu segala kejahatan. Sesuai dengan sebuah hadis mengatakan: الخمر أم الخبائث “Arak itu ibu segala kejahatan” (Silsalat al-Hadith as-Sahiha no: 1854).

Wallahua’lam

Multiracial Reverted Muslims

Sumber: https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/photos/a.285726318205028.60744.285669801544013/1117650018345983/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts