Apa tindakan Menteri Agama susulan SIS gagal cabar fatwa?

 

SUSULAN kegagalan SIS untuk mencabar Majlis Fatwa Selangor, saya ternanti-nanti apakah kenyataan atau tindakan Menteri Agama, YB Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pada tahun 2014 sewaktu masih di dalam PAS, YB sendiri telah berdialog dengan SIS yang dimoderatorkan oleh Global Movement of Moderation Foundation (GMMF). Beliau mengesyorkan bahawa perlu mendapat penjelasan yang lebih lanjut dan mendalam sebelum menfatwakan SIS sebagai sesat. Sekarang sudah 5 tahun berlalu dan YB telah menjadi menteri, adakah sudah jelas bahawa SIS sesat dan apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh YB.

Pada bulan Mac 2019, SIS secara terang menyokong agenda Rahmatan Lil Alamin versi PAN dalam kes penggunaan istilah “Kafir”. Bahkan SIS menyarankan agar mencontohi Indonesia dalam aspek perpaduan harmoni dan kesasamaan walhal adakah dimaklumi bahawa Indonesi terkenal dengan membarahnya fahaman liberalisme.

Jadi kita tertanya-tanya apa kaitan SIS, agenda Rahmatan Lil Alamin dan membisunya Menteri dalam hal ini.

NYATA KESESATAN SIS

Bukan suatu yang sukar untuk memahami kesesatan SIS terutamanya bagi seorang Muslim yang memiliki kefahaman aqidah yang benar.

Beberapa pendirian SIS yang jelas menyesatkan antaranya menyokong gerakan LGBT, menutup aurat adalah pilihan individu dan menyamaratakan pembahagian harta pusaka. Ini jika dibiarkan, dikhuatiri akan merosakkan pemikiran ummat Islam.

TINDAKAN TERHADAP SIS

Pada tahun 2013, JAKIM melalui Penolong Pengarah Aqidah Ustaz Mohd Aizam Mas’od mengumunkan bahawa SIS adalah sesat dan khuatir jika ia dibiarkan akan mempengaruhi dasar dan polisi negara.

“Kalau kita biarkan suara-suara mereka ini tanpa tentangan mungkin mereka akan diberi tempat yang istimewa yang melibatkan penggubalan polisi, dasar dalam negara.”

Namun sehingga hari ini SIS masih bebas membuat kenyataan bahkan dilihat cenderung untuk bersetuju dengan konsep Rahmatan Lil Alamin versi PAN.

Oleh itu, dengan keputusan mahkamah terbaharu mengekalkan Fatwa SIS sesat, YB Menteri perlu mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak membiarkan SIS bernaung dibawah Rahmatan Lil Alamin kerana ia akan memberikan persepsi buruk terhadap Islam.

Pemisahan ini perlu bagi menjelaskan bahawa SIS berada di pihak yang batil.

لِيَمِيزَ ٱللَّهُ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِ وَيَجۡعَلَ ٱلۡخَبِيثَ بَعۡضَهُۥ عَلَىٰ بَعۡضٖ فَيَرۡكُمَهُۥ جَمِيعٗا فَيَجۡعَلَهُۥ فِي جَهَنَّمَۚ أُوْلَٰئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ

“Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Anfal: 37)

Wallahua’lam.

Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz
Naib Yang di-Pertua
Ikatan Muslimin Malaysia Sepang

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Terima kasih uztaz yang haram tu cepat cepat diharamkan jangan dibiarkan dan disimpan lama lama nanti mendapat murka Allah bukan rahmat Allah. Tiada redha dan rahmat Allah kepada umatnya yg engkar. Ya Allah jauhkan lah kami semua dari murka mu Ya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts