Arab Saudi tetapkan solat Aidiladha hanya di masjid sahaja

 

RIYADH – Solat sunat Aidiladha di Arab Saudi hanya boleh dilakukan di masjid dan bukan di tempat terbuka berikutan penularan wabak COVID-19, menurut surat edaran Kementerian Hal Ehwal Islam.

Menterinya, Syeikh Abdullatif Al-Sheikh mengarahkan, kementerian di semua wilayah untuk mempersetujui pelaksanaan solat sunat itu di masjid-masjid yang telah dibenarkan untuk dibuka.

Kementerian Hal Ehwal Islam sejak beberapa minggu terakhir telah meningkatkan usaha melalui saluran yang berlainan berkenaan kesedaran mengenai langkah-langkah dan protokol kesihatan berikutan wabak COVID-19.

Solat Aidilfitri pada awal Mei lalu hanya dibenarkan dilaksanakan di rumah kerana masjid dan tempat ibadat di Arab Saudi ditutup kerana adanya coronavirus.  

Arab Saudi membuka kembali masjid pada 31 Mei lalu, ketika sekatan dilonggarkan secara perlahan-lahan di seluruh negara.

Keputusan untuk membuka semula masjid dibuat sebagai sebahagian daripada rancangan bertahap kerajaan untuk mengurangi sekatan sekali gus kembali ke keadaan ‘normal’.

Sejak 31 Mei, sebanyak 90,000 masjid dibasmi kuman dan disiapkan untuk menyambut kembali jemaah muslim.

Perayaan Aidiladha dijangka bermula pada hari Jumaat, 31 Julai ini, kata anggota Kesatuan Arab untuk Astronomi dan Sains Angkasa awal bulan lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts