Arab Saudi tunda ibadat umrah selepas berakhir Aidilfitri

 

ANKARA – Pihak berkuasa Arab Saudi dilapor memutuskan untuk menunda pelaksanaan ibadat umrah setelah berakhirnya cuti perayaan Aidilfitri tahun ini.

Direktorat Hal Ehwal Agama Turki dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keputusan itu dilakukan disebabkan penurunan perlahan kadar normalisasi coronavirus.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan orang ramai mengenai haji dan umrah tahun ini, setelah kedua-dua ibadat berkenaan dibatalkan tahun lalu bagi mengekang wabak COVID-19.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut oleh umat Islam pada pertengahan Mei.

Dalam kenyataan sama, direktorat itu berkata, rundingan bersama Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang berjalan dan segala keputusan akan diumumkan kelak.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai jemaah boleh diajukan ke pusat panggilan direktorat di 0850-260-1313. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts