1. Golongan jahat dan jahil yang mempertahankan nama ini menggunakan asas ia sekadar nama yang tidak mempunyai kesan sensitiviti, psikologi dan pengaruh.
2. Asas ini jugalah yang digunakan oleh golongan pendakyah Kristian dalam isu kalimah Allah.
3. Sungguh, nama adalah elemen linguistik yang mempunyai kesan amat kuat dan mendalam kepada aspek pemikiran (terutama separa sedar), perbualan malah dalam aspek perbuatan sekali pun.
4. Sebagai contoh, bangsa Melayu yang amat akrab dengan ketamadunan Islam yang berteraskan bangsa dan bahasa Arab memberikan nama berciri Arab kepada anak-anak.
5. Namun terdapat jugak segelintir orang Melayu moden dengan gaya hidup liberal memilih menamakan anak-anak mereka dengan nama yang berbaur Inggeris seperti Leo, Hazel dan Stella.
6. Ya, nama yang diberikan kepada anak masing-masing merupakan identiti, sejarah, kepercayaan, harapan dan ‘doa’ kepada mereka. Begitulah betapa kuatnya peranan nama dalam kehidupan manusia.
7. Dalam bidang penjenamaan dan pemasaran pula, nama atau slogan memainkan peranan sangat genting dalam menentukan kelarisan sesuatu produk selain pemilihan warna dan logo. Syarikat-syarikat terkemuka dunia sanggup berbelanja jutaan ringgit bagi mendapatkan khidmat nasihat ‘brand identity’ dan ‘brand strategy’ ini
8. Itu baru dua contoh. Realiti yang sama dapat diperhatikan dalam sejarah penentuan nama negara/negeri, bandar, jalan, buku, filem dan pelbagai jenis program di seluruh dunia.
9. Jelas. Sudah terang lagi bersuluh pemilihan Timah sebagai salah satu jenama arak adalah strategi pemasaran yang amat jahat dan berniat buruk. Ia harus ditentang habis-habisan.
10. Nama bukan sekadar di atas kertas. Ia adalah sejarah, identiti, nilai dan harga diri yang tuntas!
Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam: