BERIKUT adalah respon terhadap kenyataan media Asmuni Awi (Exco Agama Perak) mengenai kempen Beli Produk Muslim (BMF) pagi tadi.
BMF adalah sebuah kempen yang merentas fahaman dan blok parti politik. Semua pihak dijemput bersama tak kira dari parti mana termasuklah dari parti YB Asmuni Awi (AMANAH) sekalipun.
Sudah terbukti dalam kempen ini semua pihak terlibat. Tidak ada sesiapa pun akan periksa anda menyokong parti mana untuk dibenarkan turut serta dalam kempen ini. Kalaupun ada tokoh-tokoh yang menyokong kempen ini terlibat dengan parti tertentu namun kempen ini tidak terkesan sedikit pun dengan ideologi dan perjalanan mana-mana parti politik.
YB Asmuni masih terikat dengan pemikiran sempit yang melihat semua perkara dari sudut kepentingan parti politik. Tetapi beliau perlu melihatnya dari sudut yang lebih luas; ummah secara keseluruhannya.
Kita tidak menghalang YB membuat kempen ‘Buy Halal First (BHF)’ walaupun penuh dengan kejanggalan. Di sinilah kita berbeza; beliau menghalang kempen kami manakala kami tidak.
Kempen BHF berbeza dengan BMF yang lebih meluas, kerana BMF bukan setakat halal tetapi halalan toyyiban. Maka, dakwaan yang mengatakan BMF menjejaskan kempen membeli barangan halal adalah karut dan tidak munasabah sama sekali.
Dakwaan BMF memecah belah hubungan antara kaum adalah tanggapan yang salah walhal BMF dapat mengurangkan harga barang yang akhitnya dapat dimanfaatkan oleh semua kaum. BMF mampu mengurangkan jurang pendapatan antara kaum yang selama ini gagal dibuat oleh kerajaan.
BMF adalah gerakan rakyat terutama orang Melayu. Menghalangnya bererti beliau seolah-olah telah menganiaya peniaga-peniaga Melayu dan redha dengan hakikat orang Melayu yang terpinggir selama ini.
Kita berharap agar YB Asmuni lebih matang dalam berpolitik bukan hanya berperangai seperti BUDAK SURUHAN pihak tertentu. Manakah maruah beliau sebagai pemimpin?
Semua mufti menyokong kempen ini termasuk Sahibus Samahah Mufti Perak. Maka, adakah adil apabila dikatakan sebagai kempen yang bermotifkan politik? Adakah YB cuba melawan mufti?
Janganlah angkuh terutamanya apabila membicarakan mengenai hal ekonomi umat yang sedang tenat.
Bersama-samalah dengan kami dalam menjayakan kempen ini.
Aminuddin Yahaya
Pengerusi UMMAH / Presiden ISMA
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)