Atlet Boling Kebangsaan peluk Islam, tertarik lihat rakan muslim beribadah

KUALA LUMPUR: Kehidupan sebagai seorang atlet kebangsaan yang dikelilingi rakan Muslim telah membuka pintu hati atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan untuk memeluk Islam.

Nerosha, 27, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah di ibu pejabat pertubuhan itu, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook PERKIM Kebangsaan, Nerosha yang berasal dari Sarawak, berkata dia tertarik dengan Islam kerana kehidupannya sebagai seorang atlet dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang mengerjakan ibadat Islam.ADVERTISING

Katanya, dia sering bertanyakan kepada rakan-rakan Muslimnya kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadat lain.

“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.

Dalam penghijrahannya itu, dia berazam untuk mempelajari dan mendalami agama Islam dengan mengikuti Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) yang diadakan pada hujung minggu.

Tambahnya, dia turut merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan ikatan perkahwinan bersama teman lelakinya yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan, Mohamad Sofian Kamil pada tahun hadapan.

Nerosha antara atlet yang menyinar dalam sukan boling apabila pernah mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia adalah pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Selain itu, dia juga memenangi perak pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi selepas meraih kedudukan kedua dalam acara berpasukan wanita.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts