Aya Sofia tangisi genosid Islam Bosnia di Srebrenica 11 Julai 1995

 

KELMARIN (11 Julai 2020), seluruh umat Islam khususnya di Turki meraikan hari kemenangan di mana Masjid (Cami’) Aya Sofia yang asalnya merupakan sebuah masjid dan kemudiannya ditukar menjadi sebuah muzium kini kembali melaungkan azan di angkasa.

11 Julai 2020 juga adalah ulang tahun ke-25 tragedi pembunuhan beramai-ramai umat Islam Bosnia di Srebrenica. (Masakr u Srebrenici; Genocid u Srebrenici).

Lebih 1,000 orang mangsa kekejaman tentera Serbia masih lagi belum dikenalpasti lagi semuanya hingga ke hari ini.

Beberapa maklumat tentang jenayah Serbia:

Pemerkosaan terhadap 30,000 orang wanita Islam oleh tentera Serbia. Ada yang sebut sehingga 60,000 orang.

Antara bulan April 1992 hingga Disember 1995, hampir 100,000 umat Islam Bosnia dibunuh.

Tentera ‘pengaman’ dari Belanda tidak berbuat apa-apa dan membiarkan umat Islam dibunuh secara beramai-ramai oleh tentera Serbia. Kebanyakan penduduk Srebrenica melarikan diri ke perkarangan pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan harapan ‘pengaman-pengaman’ Belanda akan mempertahankan mereka, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya tentera-tentera Belanda juga ‘bersubahat’ secara tidak langsung.

Satu persamaan di kebanyakan negara yang memangsakan umat Islam di negara masing-masing ialah mereka tidak pernah menghormati resolusi demi resolusi dari Bangsa-Bangsa Bersatu, meremehkan masyarakat antarabangsa, tidak rasa bersalah, angkuh, kejam dan enggan mengaku atau bertanggungjawab dan mendiskrimisasi umat Islam.

Serbia (rakyat Bosnia)
India (rakyat Kashmir)
China (rakyat Turkistan Timur)
Myanmar (rakyat Rakhine)
Israel (rakyat Palestin)

Semua negara di atas adalah penjenayah-penjenayah perang yang sehingga ke hari ini tidak dihukum oleh sebarang institusi pengadilan antarabangsa.

Di saat umat Islam di seluruh dunia meraikan keputusan Mahkamah Turki mengembalikan status Aya Sofia sebagai sebuah masjid, kita tidak boleh melupakan langsung sejarah penderitaan umat Islam lain yang telah, sedang dan akan tetap berlaku di pelbagai negara dan wilayah.

Mereka adalah saudara kita dari segi pertalian akidah sebagai seorang muslim.

Kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

Mereka berhak mengadu kepada Allah Ta’ala di atas kewajipan terbesar kita dan bagaimana kita telah mencuaikan perlaksanaan tanggungjawab tersebut.

Kita juga tidak perlu kepada sebarang resolusi PBB untuk bertingkah laku sebagai seorang muslim.

Apakah kita sudah bersiapsiaga? -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts