ISTANBUL – Muazzin di Aya Sophia mengumandangkan azan Subuh dari dalam mercu tanda Istanbul abad ke-6 tersebut untuk pertama kalinya setelah 85 tahun pada hari Sabtu.
Azan Subuh yang berkumandang dari dalam Aya Sophia, mungkin akan menimbulkan kembali kontroversi kerana status bangunan yang telah diubah sebagai muzium pada tahun 1935 oleh Mustafa Kamal, Presiden Republik pertama Turki.
Meskipun Azan telah berkumandang dari menara Aya Sophia selama empat tahun terakhir, muazzin hanya melakukannya dari ruang solat di lapangan luar muzium bukannya dari dalam bekas masjid tersebut.
Selama hampir 500 tahun Aya Sophia menjadi masjid utama di Istanbul pada 1453 selepas ia diubahsuai daripada gereja besar Kristian Ortodoks ketika pembukaan Konstantinopal.
Al hamdulillah.. Allahuakbar!!
Alhamdulillah. Semoga Allah terus menyuburi sinar agama islam di rumahnya; Aya Sophia dan serata ceruk/ pelusuk dunia.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu akbar
✊
Allah Akbar…
Thn lalu sya ksana.msh di renovasi dibagian kirinya..pasti lbh bagus stlh renovasi..