Ada sekitar 15 menu pilihan makanan anda boleh dapatkan di sini, namun jika anda mahu makan percuma, anda hanya perlu baca 2 juzuk Quran dan anda boleh nikmati hidangan yang ada di sini secara percuma. Apa yang kami kongsikan ini, anda boleh dapatkan di Jalan Ciujung, Bandung, Indonesia.
Warung Warteg Joni Abadi yang bergerak secara mobil ini telah diusahakan oleh Ricky Ricarvy Irawan. Menurut Ricky, apa yang dilakukan olehnya adalah untuk menerapkan konsep Islamik dalam perniagannya itu.
“Saya juga sediakan kemudahakn untuk mengaji di sini. Malah jika sudah mengaji 2 juzuk, saya akan bagi hadiah (makan percuma) jika Jadi saya fasilitasi (untuk mengaji) di sini,” katanya yang dipetik dari portal detikcom.
Menurut Ricky, kebiasaannya 2 juzuk Quran tersebut boleh dihabiskan dalam masa sekitar satu jam. Namun kebiasannya, anak-anak muda yang datang mengaji kemudiannya pasti akan membayar hidangan yang mereka makan.
Tambah Ricky, dia berharap agar warung menyediakan kemudahan mengaji begini mampu menjadi satu cara berdakwah, lebih-lebih lagi laluan tempat dia berniaga adalah jalan yang padat dan dilalui ramai.
Jadi, adakah anda sanggup untuk mengaji dua juzuk al-Quran demi mendapatkan makanan percuma?
Sumber : vitdaily