Bagaimana Palestin boleh menang?

 

Seluruh dunia dah tahu Palestin telah menang dalam Peperangan Saif Al-Quds selama 11 hari menentang Israel.

Ia juga adalah rentetan siri kemenangan dari peperangan-peperangan sebelum ini pada tahun 2008, 2012 dan 2014.

Namun, ramai masih tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menang?

Dengan jumlah tentera dan kekuatan persenjataan yang jauh ketinggalan, ditambah pula dengan kekurangan sumber asas kehidupan disebabkan penjajahan dan pemenjaraan oleh rejim zalim Israel, kemenangan mereka boleh dianggap mustahil dari segi logik.

Namun sebenarnya, kehebatan para mujahidin Palestin ini terletak kepada pemikiran dan aksi luar kotak akibat keadaan terdesak bagi berhadapan dengan super power dunia:

1. Ubah Undang-Undang Permainan

Ketika peperangan berlaku secara serangan darat belasan tahun dahulu, tentera Palestin menggunakan strategi luar kotak iaitu membina ribuan jaringan terowong bawah tanah bagi menyerang dan memerangkap Israel

Israel kalah teruk dan sejak itu hanya berani menyerang menggunakan roket dari jarak jauh.

2. Penambahbaikan Berterusan (Continuous Improvement)

Tentera Hamas hanya bermula dengan roket buatan sendiri (Qassam-1) yang hanya mampu terbang sejauh 3 km pada tahun 2001.

Sedikit demi sedikit kemampuan roket ciptaan mereka ditambah baik dengan lahirnya R-160, Fajar-3, Fajar-5, M-302, J-80 dan yang terkini M-75.

Secara konsisten, mereka membina sendiri kekuatan teknologi hasil sumbangan ahli yang terdiri dari pakar-pakar kejuruteraan dan letupan sehingga hari ini mampu mencipta roket yang mampu terbang sejauh hampir 200km dengan ketepatan tinggi.

Roket yang murah (USD300), berkuasa tinggi, sukar dipintas, pelancar yang ringan dan mudah digerakkan menjadikan Israel tertanya-tanya dari mana Palestin mendapat bahan dan dana sehingga mampu melancarkan lebih 3,000 roket dalam peperangan baru-baru ini.

Mereka lupa, ada banyak roket Israel yang jatuh tapi tidak meletup di Palestin dikaji dan digunakan semula untuk menghasilkan roket yang jauh lebih hebat impaknya!

3. Kerjasama Pasukan Yang Tiada Tandingan

Selain menggunakan penutup muka bagi melindungi identiti peribadi dan keluarga, tentera Hamas di Palestin turut menggunakan penutup muka tersebut bagi menyemai budaya kerja pasukan yang tidak ada dalam mana-mana pasukan tentera dunia yang lain.

Ia sebenarnya mampu mengelakkan rasa riak/sombong dengan kekuatan dan prestasi sendiri serta tiada kasta pangkat dan jawatan dalam perjuangan mempertahankan tanah air.

Ketika dalam suasana perang yang sedang berkecamuk, semua mereka tidak kira general ataupun askar bawahan kelihatan sama tanpa sebarang perbezaan!

4. Bina Pengaruh Satu Dunia

Palestin berjaya membina pengaruh dan simpati seluruh dunia termasuk dari negara-negara bukan Islam hasil hubungan diplomatik dan propaganda media yang ampuh.

Elemen ini menjadikan saiz mereka yang kecil mendapat perhatian, tumpuan dan turut diiktiraf rakyat dunia.

Teknik ini juga berjaya menarik bantuan negara Islam yang lain sehingga Palestin mampu membangunkan teknologi internet sendiri, roket, dron pengebom, pasukan tentera amfibia dan kapal selam dalam masa hanya beberapa tahun sahaja.

5. Iman dan Cita-Cita Luar Biasa

Jika ditanya kepada para mujahidin Palestin bantuan yang mereka perlukan, jawapan mereka hanyalah doa.

Bukan doa supaya menang atau selamat, tapi doa untuk mati syahid. Inilah faktor terpenting kekuatan mereka!

Bilangan tentera yang dihadkan bilangannya menjadikan semua anak-anak kecil dan remaja di sana menyimpan cita-cita menjadi tentera Al-Qassam suatu hari nanti.

Sistem pemilihan yang amat ketat dengan elemen fizikal ekstrem dan rohani yang tinggi (hafaz Quran, solat Subuh di masjid 6 bulan, konsisten solat tahajjud dan puasa sunat, zikir dan meninggalkan maksiat) menjadikan kualiti setiap generasi tentera baharu meningkat.

Semua kualiti-kualiti ini menunjukkan bahawa mereka tidak perlukan apa-apa dari kita.

Kita yang perlu menyumbang untuk berkongsi pahala syahid mereka.

Kita yang perlu merenung dan mencontohi kehebatan mereka untuk membangunkan negara yang telah lama merdeka! -Ismaweb

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts