Bahaya Liberalisme: Surah Al-Kafirun vs Pluralisme

 

Jika kita membaca tulisan pada portal tersebut, pasti kita tidak menyangka ianya datang dari seorang yang mengaku sebagai muslim…

Jika kita tidak kenal siapa penulis atau pengucapnya, pasti kita tidak menyangka kenyataan sebegini datang dari seorang yang berpendidikan tinggi apatah lagi bergelar “pemikir Islam”…

Jika benar kenyataan yang ahli akedemik tersebut dibuat sebagaimana yang dilaporkan, maka ia jelas merupakan kenyataan kufur kerana mengingkari keaslian surah al-Kafirun yang didakwanya telah diubah kerana kelihatan tidak sejajar kandungannya antara awal surah dan akhirnya pada pemikiran beliau..!

Pada mulanya saya sukar mempercayainya, apatah lagi ia dilaporkan oleh portal berita yang sememangnya terkenal tidak jujur dan mempunyai agendanya terhadap agama Islam ini…
Namun kemudiannya saya mendapati tulisan penuhnya oleh ahli akedemik tersebut di laman Geotimes yang berjudul: “Umat Kristiani Itu Kaum Beriman Bukan Kafir”…
[Rujuk: https://geotimes.co.id/…/umat-kristiani-itu-kaum-beriman-b…/]

Berdasarkan kenyataan beliau yang dinukilkan portal tersebut:

1. KATANYA:

“Ayat terakhir dalam surah al-Kafirun, menunjukkan sifat toleransi. Akan tetapi, ayat sebelum ayat terakhir surah tersebut tidak bersifat sedemikian… Tambahnya, ayat pertama surah al-Kafirun itu eksklusif kerana menafikan tuhan orang lain, tetapi surah tersebut diakhiri dengan ayat yang mengiktiraf kewujudan agama lain dan berbentuk inklusif (menerima agama lain atau pluralis)”.

KRITIKAN BALAS:
a) Ini merupakan kenyataan yang jahil akan perbahasan ilmu tafsir, hadis, sirah dan bahasa arab…
al-Kafirun bukanlah surah pluralis, sebaliknya surah tauhid sama seperti surah al-Ikhlas!
Ia bukan untuk mengiktiraf agama lain, sebaliknya menegaskan tiada apapun yang mampu mempersekutukan Allah Yang Maha Esa!

Tahukah beliau mengapa surah ini diturunkan??

Rujuklah “Asbab al-Nuzul”..!

Surah ini diturunkan kerana ketika era awal dakwah Islam di Makkah dahulu, tatkala masyarakat musyrikin Quraisy yang tertekan dengan seruan tauhid yang dibawa oleh baginda SAW, lalu mereka menawarkan berbagai-bagai tawaran dan ganjaran kepada Nabi SAW supaya menghentikan dakwahnya, sehinggalah mereka memikirkan penyelesaian “win-win” dengan baginda SAW, iaitu dengan menawarkan toleransi supaya tuhan mereka dan Allah disembah bersama-sama secara bergilir-gilir…
[Lihat: Tafsir Ibn Abi Hatim, al-Tabariy, al-Suyutiy, Mu’jam al-Saghir al-Tabraniy]

Yang demikian Allah berfirman: “وَدُّواْ لَوۡ تُدۡهِنُ فَيُدۡهِنُونَ” yang bermaksud: “Mereka (kaum musyrikin itu) suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu)” [al-Qalam: 9]…

Lalu Allah pun menurunkan surah al-Kafirun sebagai simbol penegasan akan TIADA PLURALISME dalam agama!

Tidaklah ahli tauhid itu bertuhankan tuhan ahli syirik, dan tidaklah tuhan ahli syirik itu sama dengan tuhan ahli tauhid!

b) Tiada langsung percanggahan ayat terakhir surah al-Kafirun: “ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ” yang bermaksud: “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” dengan ayat-ayat awal surah yang menafikan pluralisma dan syirik dalam penyembahan kerana ia bukan ayat pluralis..!

Sebaliknya ayat tersebut dan keseluruhan surah al-Kafirun menegaskan PERLEPASAN DIRI DARI SEGALA BENTUK KESYIRIKAN!

Dalam hadis Naufal RA, Jabalah bin Harithah RA, Anas RA, Muhajir RA, Nabi SAW mengajar mereka supaya membaca surah al-Kafirun sebelum tidur, kemudian baginda SAW menyatakan: “إِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنْ الشِّرْكِ” yang mafhumnya: “Ia (surah al-Kafirun) merupakan (surah) perlepasan dari syirik” [Riwayat Ahmad, al-Nasaiy, al-Hakim, al- Baihaqiy, Abu Nu’aym, dan lain-lain]…

c) Adakah Nabi SAW diutuskan untuk mengiktiraf kekufuran dan kesyirikan??

Bahkan sebaliknya, iaitu supaya agama Allah ini dizahirkan mengatasi agama-agama lain di seluruh alam..!

Firman Allah:

يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ

Maksudnya: “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya” [al-Tawbah: 32-33].

d) Ayat: “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” hanyalah bak kata-kata kita yang kecewa setelah didustai dan disakiti berkali-kali: “Suka hati kamulah nak beriman atau tidak,dah banyak kali aku cakap! Lantak kamulah nak buat apa, aku dengan hal aku, kau dengan hal kau”…

Bagaimana beliau memahaminya sebagai ayat pluralis?? Sedangkan ia merupakan ayat ancaman seperti firman Allah terhadap orang-orang yang menyelewengkan ayat-ayat-Nya : “ٱعۡمَلُواْ مَا شِئۡتُمۡ‌ۖ” iaitu: “Berbuatlah sesuka hati kalian!” kerana mereka akan dibalas atas segala yang dikerjakan…

2. DAKWANYA:

Berlaku penambahan huruf alif (ا) pada kalimah (لا) pada ayat-ayat penafian dalam surah al-Kafirun ketika proses penulisan al-Quran…Justeru seharusnya menjadikannya berbunyi: “ لَأَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ”, “وَلَأَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ”…

Sekaligus mengubah maksudnya dari penafian kepada persetujuan, iaitu jika asalnya bermaksud: “Aku TIDAK akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu TIDAK menyembah (Allah) yang aku sembah”, ia berubah kepada: “Aku menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu menyembah (Allah) yang aku sembah”…

KRITIKAN BALAS:

a) Apa sekalipun takwilannya, ia tetap ingkar dan kufur terhadap ayat-ayat Allah walau dengan satu huruf!

Adakah beliau menyangka proses penulisan Quran berlaku secara sambil lewa tanpa penelitian??
Adakah proses periwayatan hanya berpaksikan kepada penulisan semata-semata? Sedangkan periwayatan melalui mulut ke mulut (syafawi) lebih utuh dan diutamakan pada zaman kurun terawal dahulu??

Adakah beliau memahami perbahasan penulisan Quran mengikut rasm al-‘Uthmaniy yang merangkumi qiraat-qiraat yang mutawatir dari “الأحرف السبعة”??

b) Memadailah firman Allah sebagai penjamin keaslian Quran ini: “إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ” yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” [al-Hijr: 9]…

Jika tidak mahu beriman akan ayat tersebut sekalipun, pelajarilah & dalamilah disiplin ‘Ulum al-Quran…Supaya ia mengisi kelompongan pemikiran..!

Ustaz Kamilin Jamilin

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2055778417983720&id=1743258955902336

www.indahnyaislam.my

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts