Baitulmaqdis hanya akan bebas dengan jihad dan perjuangan

 

GAZA – Rabitah Ulama Palestin menyeru dunia Arab dan umat Islam keseluruhannya untuk melakukan segala bentuk jihad bagi membebaskan Baitulmaqdis daripada kezaliman rejim Zionis Israel serta berhenti berharap janji-janji kosong daripada perjanjian atau dialog.

“Palestin menuntut kepada harta kamu, sokongan kamu dan tentera-tentera kamu kerana tanah ini hanya akan bebas dengan perjuangan jihad, bukan dialog atau perdamaian”

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh jurucakap Rabitah Ulama dalam satu sidang media di Masjid Umari, Gaza pada hari Rabu baru-baru ini.

Serunya lagi pemimpin-pemimpin negara Islam hendaklah menubuhkan satu persepakatan yang menggandingkan kalangan ulama serta umara antara negara-negara Islam bagi menyusun strategi ke arah pembebasan bumi Palestin.

“Kami juga menyeru pemimpin negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan Amerika Syarikat kerana membantu Baitulmaqdis adalah kefardhuan pada saat ini yang perlu disempurnakan oleh semua pihak”

Tegas mereka lagi, saat ini perkara paling penting yang perlu disegerakan adalah penyatuan ummah kerana hanya dengan penyatuan inilah segala permasalahan umat khususnya isu Baitulmaqdis dapat diselesaikan.

Sumber: Mashreqnews
Terjemahan: muis.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts