Baitulmaqdis: Umat Islam di Filipina adakan protes tentang keputusan Trump

 

MANILA – Ratusan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi protes di Manila, Filipina, hari ini bagi mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sambil memegang plakad anti-AS, para penunjuk perasaan beramai-ramai berarak ke kedutaan Israel di ibu negara Filipina itu.

Penunjuk perasaan menaikkan plakad gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan dicontengkan tanduk dan taring padanya.

 

 

Press TV melaporkan turut berlaku pertengkaran antara polis dan penunjuk perasaan, tetapi tidak ada laporan mengenai kecederaan atau sebarang penangkapan.

Pada 6 Disember lalua, Trump mengumumkan keputusannya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke tanah yang diduduki dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Tindakannya itu telah menimbulkan kebencian dan amarah umat Islam seluruh dunia dan masing-masing melakukan protes sebagai tanda bantahan terhadap keputusan itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts