Bangladesh minta bantuan Arab Saudi hantar balik pelarian Rohingya

 

DHAKA – Bangladesh meminta bantuan dan kerjasama Arab Saudi untuk penghantaran balik Muslim Rohingya secara lebih mapan ke negara asal mereka, Myanmar, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Luar Negeri Bangladesh, A. K. Abdul Momen membuat rayuan itu ketika berbicara dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud melalui panggilan telefon, kata kenyataan Kementerian Luar Bangladesh.

Bangladesh kini menampung lebih 1.2 juta pelarian Rohingya, yang kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera di Rakhine pada bulan Ogos 2017.

Sejak 25 Ogos 2017, hampir 24,000 Muslim Rohingya telah dibunuh oleh rejim negara Myanmar, sementara lebih dari 34,000 mati dalam kebakaran. 

Manakala lebih 114,000 yang lain pula dilaporkan telah dipukul, sebanyak 18,000 wanita dan gadis diperkosa, dan lebih 115,000 rumah terbakar, menurut laporan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Ontario (OIDA).

“Bangladesh sangat mengutamakan penghantaran balik pelarian Rohingya tanpa kewarganegaraan ke negara asal mereka,” kata kenyataan itu.

Dhaka juga meminta Riyadh untuk melonggarkan kuarantin wajib bagi pendatang Bangladesh di Arab Saudi.

Ketika ini, hampir 2.5 juta pendatang Bangladesh bekerja di Arab Saudi, jumlah tertinggi warga Bangladesh di mana-mana negara luar.

Abdul Momen turut mengundang rakan sejawatnya dari Arab Saudi untuk mengunjungi Dhaka pada bila-bila masa yang sesuai. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts