Banjir eratkan hubungan, berganding bahu bergotong royong

 

DUNGUN: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Semangat gotong-royong dalam suasana kekeluargaan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, menjadi ‘resipi’ bagi menghilangkan tekanan ketika menghuni pusat berkenaan.

Walaupun sedih kerana terpaksa meninggalkan kediaman dan menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda, namun usaha diteruskan dalam memberikan keselesaan terutama kepada warga emas dan kanak kanak.

Selain penghuni PPS, penduduk yang terselamat daripada bencana banjir juga membantu terutama dalam penyediaan makanan dan  pengurusan kebersihan pusat berkenaan.

“Kami ni memang dah macam jadi adatlah. Penduduk di sini, kalau ada apa-apa kesusahan ataupun musibah, kami sama-sama tolong. Sekampung akan membantu, ataupun masak-masak. Semua bekerjasama walau apa keadaan sekalipun. Walaupun rumah ditenggelami banjir,” ujar seorang suri rumah, Hasliza Ismail.

Antara kerja yang cekap dijalankan kumpulan itu adalah penyediaan makanan untuk dikongsi bersama mangsa banjir di PPS tersebut.

Menurut seorang lagi suri rumah, Zaiton Abas, semua yang terlibat menjalankan peranan masing-masing dengan ikhlas.

“Sebab semuanya duduk kat Kampung Pasir Raja kan, semuanya anak beranak. Jadi, biasanya, yang duduk tempat tinggi tu akan datang tolong masak,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengusaha kantin, Tengku Maimun Tengku Ismail pula berkata, keletihan bukan satu alasan untuk tidak bersama-sama menghulurkan bantuan.

“Memang letih, tapi suka. Sebab kita hobi suka masak. Kawan-kawan pun dah buat semua menolong, kita jadi sukalah sebab bukan ada bayaran apa-apa, kita kira sukarela.

“Dengan (keadaan) rumah dah tenggelam. Tapi nak buat macam mana, sebab kita dah biasa, maka kena la tolong-menolong,” ujarnya.

Bagi mereka, kesedihan dapat dilupakan seketika apabila berkumpul dan saling membantu dalam suasana ceria sebagai sebuah keluarga besar.

PPS Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun menempatkan 98 mangsa dari 30 buah keluarga.

Dungun merekodkan 403 mangsa banjir dari 108 buah keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di daerah berkenaan. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts