Banteras pluralisme, hormati fatwa Selangor: Sultan Sharafuddin

 

SHAH ALAM: Agenda pluralisme yang kian menular dalam negara perlu dibanteras hingga ke akar umbi, di samping mencari penyelesaian terbaik demi memelihara kesucian Islam.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, fahaman yang dibawa ke negara ini mengajar umat Islam mempercayai semua agama adalah sama, sedangkan al-Quran jelas menyebutkan hanya Islam sahaja diiktiraf Allah SWT.

Baginda bertitah, ia timbul hasil ilham pemikir yang menyatakan semua agama boleh diterima kerana tujuannya satu, iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’.

“Fahaman ini juga mengutamakan logik akal semata-mata bahkan ada kumpulan menjalankan aktiviti membina keraguan dalam kalangat umat Islam dengan menggunakan fakta serta istilah mengelirukan.

“Justeru, penganjuran Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme adalah langkah tepat bagi mengajak semua pihak mencari idea, kekuatan serta pengukuhan akidah dalam menyatukan umat Islam,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah 2018 Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme dan Pelancaran Buku Warta Kerajaan: Fatwa Ajaran Sesat, Fatwa Syariah dan Sosial, di Dewan Jubli Perak, di sini.

Sultan Sharafuddin bertitah, semua umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya untuk terus berpegang kepada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah selain menghormati serta beramal dengan hukum-hakam seperti dijelaskan berdasarkan Mazhab Syafi’e.

Baginda turut mengingatkan umat Islam supaya menghormati fatwa yang diputuskan pihak berkuasa dalam menentukan sesuatu hukum.

Pada masa sama, baginda turut menzahirkan rasa dukacita terhadap segelintir umat Islam yang mempertikaikan fatwa dikeluarkan Selangor selepas ia diputuskan dan diwartakan, selain menyokong tindakan proaktif mewujudkan undang-undang serta mempertingkatkan penguat kuasaan mengekang penyebaran ideologi sesat.

“Beta turut bimbang, pertikaian ini dibuat secara terbuka dan boleh menyebabkan umat Islam menjadi keliru, berbalah dan berpecah-belah.

“Jika ada pihak tidak berpuas hati dengan fatwa Selangor yang dikeluarkan, ia tidak perlu dibahaskan secara terbuka sebaliknya terdapat saluran tertentu bagi mengemukakan pendapat.

“Beta percaya jika pendakatan itu diambil, perbincangan secara ilmiah akan dapat dilakukan bagi mengatasi sebarang pertikaian dan perbezaan pendapat berkaitan sesuatu fatwa,” titah baginda. – selangorkini.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts