Bantu LGBT kembali ke pangkal jalan – Dr Zulkifli

 

PUTRAJAYA : Masyarakat disaran tidak bersikap diskriminasi dan menggubah tanggapan dari melabel golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sebaliknya, mereka perlu dibantu dengan diberi pendidikan supaya golongan ini kembali ke pangkal jalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, meskipun banyak yang menyimpang jauh, namun jumlah yang kembali ke pangkal jalan juga sudah ramai.

“Matlamat dan tugas masyarakat adalah membendung dan menangani perkara itu secara berhemah daripada terus berleluasa.

“Kita mahu kembalikan mereka ke arah lebih baik dan harmoni dengan jiwa sebenar mengikut fitrah Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (Jakim-YWM) kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Selangor dan Komuniti LGBT di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, beliau sudah beberapa kali mengadakan perbincangan dan menghadiri program bersama komuniti LGBT, yang mana kehadiran golongan ini sangat ramai.

Beliau berkata, masyarakat perlu prihatin untuk sama-sama menangani isu ini, sekali gus dapat memberikan pemahaman mengenai kesan dan pengaruhnya kepada semua pihak.

Katanya, sebelum ini beliau pernah mengarahkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menangkap golongan transgender, namun disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak.

“Penguatkuasaan bukan hanya ditujukan kepada LGBT semata-mata, tetapi golongan yang melakukan maksiat secara terang-terangan.

“Mereka akan diberi nasihat, selepas itu barulah diambil tindakan secara berhemah.

“Tugas penguat kuasa Jawi perlu dilaksanakan, tetapi bukan hanya terbatas kepada sesetengah golongan sahaja seperti yang dikatakan sesetengah pihak,” katanya. -MyMetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts