Bantu saudara kita di Palestin

 

1. Sehingga kini sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestin terbunuh manakala 246 lagi cedera dalam serangan udara rejim Israel pada bulan Ramadan ini. Hampir 60 buah rumah telah dihancurkan dalam serangan tersebut manakala 540 buah rumah lagi rosak.

2. Ramadan bukan sekadar mendidik kita menahan lapar. Ramadan juga mengingatkan kita bahawa ia adalah bulan perjuangan. Di zaman Rasulullah, terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadan. Perang Badar, Perang Tabuk dan Fath Mekah adalah antara misi perjuangan yang berlangsung dalam bulan yang mulia ini.

3. Kesinambungan perjuangan ini tidak terhenti di zaman Rasulullah sahaja. Generasi selepas tersebut membangun dan memperjuangkan Islam ketika melalui tempoh ibadah dalam bulan ini. Salahuddin al-Ayubi memimpin tentera dalam bulan Ramadan pada tahun 584H dan berjaya membebaskan al-Aqsa dalam perang Hittin.

4. Begitu jugalah dengan kita. Dalam suasana saudara kita sedang menghadapi ujian di merata dunia, mari kita bersama membantu meringankan beban mereka. Paling tidak, hulurkan sumbangan kepada mereka setelah apa yang mereka lalui dalam bulan mulia ini.

Semoga Allah membantu saudara-saudara kita diseluruh dunia.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

Salurkan sumbangan anda ke Aman Palestin:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Atau

Klik untuk menyumbang: billplz.com/ramadan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts