Bekas imam meninggal ketika solat jenazah

Masjid-Jamek-Permatang-Binjai

 

TASEK GELUGOR, Ahad – Bekas imam Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda apabila beliau rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi tadi itu, Ahmad Bidin, 82, sebelum itu turut menguruskan jenazah pemuda berkenaan yang meninggal dunia selepas koma selama lapan bulan akibat kemalangan jalan raya.

Imam masjid berkenaan Mat Desa Sulaiman, 80, berkata ketika hendak mengangkat takbir pertama, Ahmad yang berada di saf hadapan dan bersebelahannya hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakangnya.

“Masa mula-mula dia rebah saya memapahnya dan dudukkannya di sebatang tiang di dalam masjid, tetapi selepas beberapa saat dia sedar serta kembali memenuhi saf hadapan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah.

“Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, tetapi arwah tetap meneruskan solat jenazah dan semasa hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.

Mat Desa berkata mereka kemudian membaringkan Ahmad dan mendapati Allahyarham tidak lagi bergerak walaupun namanya dipanggil berulang kali sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang dengan ambulans.

Ahmad merupakan bekas pekerja am di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth dan bertugas sebagai imam masjid Jamek Permatang Binjai sejak 15 tahun lepas sebelum menamatkan tugas pada 2013.

Allahyarham meninggalkan isteri Azizah Saad, 65, dan empat anak berumur antara 30 hingga 47 tahun.

Sementara itu Azizah yang ditemui berkata suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 8 pagi untuk membantu mengurus jenazah pemuda berkenaan selepas dimaklumkan kariah masjid berhubung kematian tersebut.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang kelainan sewaktu keluar untuk membantu proses memandi dan mengkafankan remaja terbabit. Selama ini itulah tugasnya selain banyak masa dipenuhi di masjid untuk sembahyang, membaca al-Quran dan

memenuhi undangan ke majlis tahlil,” katanya.

Katanya pihak hospital memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat sesak nafas.

Sumber: ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts