KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, negara-negara Islam harus menangani keperitan yang dihadapi umat Islam tanpa negara di seluruh dunia seiring dengan proses meneruskan agenda pembangunan negara masing-masing.
Menegaskan bahawa ia perlu menjadi keutamaan, titahnya, negara-negara Islam perlu lebih terbabit dalam perbincangan dan percambahan fikiran mengenai perkara tersebut.
“Kita mempunyai tanggungjawab penting terhadap saudara sesama Islam kita yang tidak bernegara dan kita perlu melakukan usaha yang lebih baik untuk membantu dengan menawarkan tempat berteduh dan memberi sinar harapan,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian dalam ucapan diraja ketika menutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Centre (KLCC) di sini, hari ini. – Bernama
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)