Beli Produk Muslim: Teguran terbuka kepada ahli politik Muslim

 

SUDAH lebih setahun kempen Beli Produk Muslim atau lebih dikenali sebagai kempen BMF ini berlalu. Banyak kejayaan yang telah kita, umat Islam kecapi bersama melalui kempen ini. Lebih membanggakan, ini adalah inisiatif dan gerakan rakyat sendiri.

Saya ingin memberikan sedikit teguran dan cadangan kepada ahli-ahli politik Muslim terutamanya yang sudah mendapat kuasa ini supaya istiqamah menyokong kempen ini dengan menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan turut mengamalkannya bersungguh-sungguh.

Pada waktu krisis COVID-19 ini, kita bersungguh-sungguh mengagihkan sumbangan berbentuk barangan asas kepada rakyat yang memerlukan. Maka, inilah peluangnya untuk kita buktikan bahawa kita benar-benar mempraktikkan semangat BMF dengan memastikan barang-barang sumbangan tersebut adalah produk-produk Muslim atau sekurang-kurangnya dibeli dari kedai-kedai Muslim jika produk-produk Muslim tidak mencukupi.

 

 

Kita difahamkan barangan asas keluaran pengusaha Muslim seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya sudah banyak. Mereka yang bergelar wakil rakyat punyai capaian yang luas, pegawai bertugas yang cekap serta sumber yang banyak pasti tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan barangan tersebut. Bak kata pepatah, “hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”.

Inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat yang produk-produk Muslim punyai mutu kualiti yang baik, dengan menghantar produk-produk tersebut dalam bentuk sumbangan ke pintu-pintu rumah. Lagipun, dengan berbuat demikian, kita dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil yang terjejas teruk dengan krisis ini dengan membeli dari mereka.

Rakyat sudah buktikan yang mereka sanggup bersusah payah mencari produk-produk Muslim untuk membangunkan ekonomi umat, mengapakah para pemimpin tidak mampu berbuat demikian pula? Jangan sampai rakyat kecewa dan putus harapan dengan pemimpin-pemimpin Muslim kita kerana ‘cakap tak serupa bikin’.

Semoga kita terus istiqamah membangun ekonomi umat dengan membeli produk Muslim. InsyaAllah, banyak kebaikkannya. Ameen.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
15 April 2020

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Assalamualaikum…saya yg sentiasa menyokong BMF..bantuan dan sumbangan datang dari pelbagai sudut,banyok NGO yang memberikan sumbangan..jadi bagi saya kita tak boleh nak menyalah kan kerajaan semata2..ape sahaja bantuan dan sumbangan yang di agihkan kepada golongan yang memerlukan ,seharusnya kita bersyukur,ape yang penting sumbangan @ barangan yang di berikan adalah halal.jika sumbangan yang di salur kan kepada rakyat adalah,dari duit kerajaan ,jadi saya menyokong supaya kerajaan membeli n menggunakan prodak muslim.sebagai tanda sokongan kepada rakyat ,terutamanya prodak yang di hasil kan oleh orang islam@ muslim..

  2. Assalamualaikum tahniah kod admin atas teguran yg ikhlas dan berani. Situasi yg dinyatakan diatas telah terjadi di tempat saya. Daripada seorang sahabat saya maka dapatlah kita kongsikan bersama dalam ruangan yg terhad ini.
    Maklumat yg diberikan beliau ialah pihak penyumbang memerlukan bekalan yang sangat banyak iaitu satu jumlah yg sgt besat. Di sesetengah tempat tiada pembekal melayu muslim yg dapat membekalkan brg dlm jumlah yg besar dan cepat. Sebagai alternatifnya barangan sumbangan itu perlu diambil dari stor bukan milik Melayu. Itulah antara faktor utama yang menyebabkan keutamaan BMF terpaksa letak di tepi.
    Keadaan menjadi lebih polimik apabila ada pihak yang menjadikan isu ini sebagai isu politik. Segala media yang ada digunakan sebagai wadah kebencian kpd para netizen.
    Pada pandangan saya kempen BMF ini akan menjadi lebih berkesan jikia pihak pihak yang berpengaruh turut sama menjadi perangsang kepada penyokong BMF. Segala usaha perlu dibuat untuk meletakkan BMF sebagai keutamaan. Kita cakap kita buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts