Berbezakah pandangan Mufti dengan Fatwa?

1. Fatwa adalah pandangan hukum oleh seorang Mufti atau keputusan secara kolektif oleh Jawatankuasa Fatwa.

2. Pandangan berkenaan ada yang diwartakan ada yang tidak diwartakan.

3. Jika diwartakan,  ia boleh dikuatkuasakan secara undang- undang . Jika ia tidak diwartakan,  ia tidak dapat dikuatkuasakan. NAMUN, jika ia bersifat hukum HALAL atau HARAM, hukum Taklifi  itu tetap juga terpakai, cuma tidak dapat dikuatkuasakan secara undang-undang.

4. Mufti dan Jawatankuasa Fatwa amat berhati-hati apabila mengeluarkan pandangan kerana ia adalah tanggungjawab yang besar di sini Allah SWT.

5. Masyarakat hendaklah sentiasa dididik dan didorong agar menghormati pandangan Mufti samada diwartakan atau tidak kerana ia membawa kesan hukum yang sama walaupun berbeza dari sudut penguatkuasaan.

6. Janganlah nanti orang awam beralasan ” ini pandangan mufti” sahaja , bukan diwartakan pun.

Semoga ALLAH beri kefahaman dan bimbingan , tawfiq dan hidayahNya kepada kita.

09 Jamadil Awwal 1445.

SS Dato Hj Zamri bin Hashim
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts