1. Al-Imam al-Tirmizi menukilkan sebuah hadith berhubung keperluan menjaga perkataan. Sabda Rasulullah:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِا
Maksudnya: Seorang lelaki mengucapkan satu kalimah yang dia memandang remeh dengan kalimah tersebut, yang mana ianya boleh membawanya kepada tujuh puluh jarak neraka.
2. Bardasarkan hadith ini, al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Tuhfah al-Ahwazi)
3. Al-Imam Ali al-Qari pula meriwayatkan hadith berhubung kecaman Rasulullah terhadap mereka yang bercakap bagi tujuan bergurau tanpa menilai dahulu kesan ucapan tersebut barangkali tidak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan. Sabda Rasulullah:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقُولُ الْكَلِمَةَ لَا يَقُولُهَا إِلَّا لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ،
Seorang hamba mengucapkan perkataan bagi tujuan bergurau (untuk digelak) sedangkan perkataan tersebut boleh membawanya ke neraka yang jarak keduanya antara langit dan bumi. (Mirqa al-Mafatih)
4. Sebagai Muslim, kita seharusnya boleh membezakan perkataan yang boleh dijadikan gurauan dan mana yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan gurau.
Peringatan untuk diri sendiri.
Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)