1. SAIDINA Aisyah menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ bukan sahaja bertasbih ketika rukuk dan sujud bahkan Baginda Nabi ﷺ turut beristighfar.
2. Kata Aisyah: “Sesungguhnya Rasulullah banyak mengucapkan lafaz ini ketika rukuk dan sujud:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
“Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan segala pujian puji-pujian buatMu. Ya Allah Ampunkanlah (dosa-dosaku).”
3. Menurut Saidatina Aisyah lagi, perbuatan Rasulullah ini adalah selaras dengan firman Allah yang menyebutkan:
﴿ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴾
“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
4. Selain bertasbih, perbanyakkan memohon keampunan kepada Allah (istighfar) di dalam rukuk dan sujud kita. Ucapkanlah lafaz ini di dalam sujud kita:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
“Ya Allah, ampunkanlah diriku (dari segala dosa).”
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)