Berpuasa tapi masuk neraka

 

1. Seorang sahabat mengadu kepada Rasulullahﷺ tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:

إِنَّ فُلَانَةَ تُصَلِّي اللَّيْلَ ، وَتَصُومُ النَّهَارَ ، وَفِي لِسَانِهَا شَرٌّ تُؤْذِي جِيرَانَهَا سَلِيطَةٌ ، قَالَ : لَا خَيْرَ فِيهَا ، هِيَ فِي النَّارِ

Maksudnya: (Wahai Rasulullahﷺ), terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: Tiada kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.

2. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullahﷺ:
مَن لم يَدَع قولَ الزور والعملَ به، فليس لله حاجة أن يدَع طعامه وشرابه

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan makan dan minum mereka itu.

3. Hadith ini mengajar kita bahawa, dalam berpuasa, kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan minum, tetapi mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.

Marilah kita bersama memperbaiki amalan puasa kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts