Berusaha mendalami Islam, Jay Kim akhirnya mengucapkan syahadah

 

AGAMA Islam sebenarnya merupakan agama yang agak asing di Korea. Memang benar ada masjid besar di Itaewon dan makanan halal yang boleh didapati di sana, tapi pengetahuan rakyat korea mengenai agama ini sangat cetek. Tak kurang juga ramai antara mereka yang mempunyai persepsi negatif tentang agama Islam kerana penyampaian media yang berat sebelah. Populasi muslim di negara K-Pop itu juga agak sedikit iaitu berjumlah 200,000 orang dan kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang memulakan kehidupan baru di sana.

Jadi agak hairan apabila seorang penyanyi di Korea mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam. Menurutnya dia sudah lama ingin memeluk agama ini tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya kerana tidak mendapat restu ibunya. Ibunya itu risau dengan keadaannya jika dia benar-benar ingin memeluk agama Islam.

 

kim jaehan jay kim islam

 

Jay Kim atau Kim Jaehan merupakan seorang penyanyi solo di Korea. Dia pernah mengeluarkan dua album mini sebelum ini di bawah syarikat Media Bridge. Sekian lama berkecimpung dalam dunia seni, dia kemudiannya beralih ke Youtube bagi memuat naik video nyanyian ‘cover’ untuk mengembangkan lagi bakatnya.

Bagi mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama Islam, dia teringin ke Malaysia sebagai tempat untuk menimba ilmu. Katanya pada ketika itu, Malaysia merupakan satu negara yang harmoni jadi lebih mudah untuknya mendalami ilmu agama di sini.

Lelaki ini turut popular di Youtube kerana sering memuat naik video yang membawa informasi tentang budaya Islam di Korea dan interaksinya bersama penganut Islam di Korea. Nampaknya dia memang benar-benar meminati agama ini.

 

 

Nak tahu tak, lelaki ini pernah mengeluarkan satu lagu raya atas usaha kolaborasi dengan penyanyi tempatan yang lain iaitu Hyunmin-A, Reyhan One Avenue Band, Natasha Yazir dan Keyin Tay. Lagu itu bertajuk Insa-Raya!

 

Berita baik kerana Jay akhirnya membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada 24 September 2019. Dia telah mengucapkan syahadah di depan imam masjid di Seoul dengan menukar nama daripada Kim Jae Han (Jay Kim) kepada Daud Kim menandakan permulaan barunya sebagai seorang Muslim.

Tahniah kepada saudara baru Islam ini! diharapkan terus istiqamah dan menemui sinar hidup yang baru. Selamat datang Daud Kim!

Sumber: kimchidaily.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts