TEL AVIV – Negara haram Israel telah membangkitkan kemarahan umat Islam apabila memetik ayat suci al-Quran bagi membenarkan pengebomannya ke Gaza.
Tindakan hina terbaru negara Zionis itu dapat dilihat di akaun Twitter Arab Israel yang mana berkongsi foto kemusnahan di kawasan terkepung di samping ayat-ayat dari Surah al-Fil.
Tindakan itu menerima kecaman hebat kerana mengejek al-Quran dan 1.8 bilion umat Islam di dunia.
“Akaun Twitter rasmi Arab di negara apartheid Israel baru sahaja berkongsi ayat-ayat al-Quran dari Surah al-Fīl, di mana penghancuran tentera Abraha sebelum Islam digambarkan dengan melempar batu ke atas mereka, dengan foto pengebomannya Gaza.
“Ini adalah ejekan ke atas al-Quran dan kehidupan manusia,” kata ulama terkenal Dr Yasir Qadhi.
“Serendah mana lagi kamu boleh pergi?” soalnya sambil mengecam apa yang ditegaskan oleh orang ramai adalah usaha Israel untuk memerintah seluruh dunia muslim.
Ulama itu mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa beliau benar-benar terkejut bahawa akaun rasmi hingga ke tahap sedemikian.
Bagaimanapun beliau kemudiannya mengingatkan dirinya sendiri mengenai realiti ‘pemikiran Zionis’. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)