Bilangan ateis semakin ramai, usaha terancang jauhkan agama

 

1. Menurut kajian yang dijalankan oleh BBC Arabic dan Arab Barometer (pusat penyelidikan yang berpengkalan di Amerika), bilangan Muslim yang mengaku sebagai tidak memiliki kepercayaan agama (no faith) semakin meningkat daripada 8% pada tahun 2013, meningkat kepada 13% pada tahun 2018.

2. Kajian yang dijalankan ke atas 25,000 responded daripada 11 buah negara Arab ini menyatakan bahawa 18% daripada golongan tiada agama ini adalah terdiri dari anak muda yang berusia bawah 30 tahun. Malah kajian ini turut mendapati sokongan terhadap gerakan politik Islam dunia seperti Hamas, Hizbullah dan Ikhwan semakin menurun.

 

Image may contain: text

 

3. Biarpun dapatan kajian ini mungkin boleh dipersoalkan, persembahan data yang diberikan menjadi satu indikator kepada Muslim bahawa usaha untuk menjauhkan mereka dari agama dilakukan secara terancang.

4. Usaha menggambarkan Islam sebagai agama teroris, ekstremis, kemuduran, Taliban dan segala macam sifat negatif akhirnya melekat di dalam jiwa dan pemikiran anak muda. Apa yang lebih membimbangkan ucapan-ucapan doktrinisasi ini diungkapkan oleh sebahagian Muslim sendiri.

 

 

5. Muslim Liberal mendakwa Islam versi mereka lebih progessif dan maju malah bertepatan dengan corak pemikiran barat. Inilah barangkali apa yang digambarkan oleh Baginda Nabi yang menyebutkan bahawa umat Islam akhir zaman akan menuruti jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Sabda Nabi:

قَالَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”

6. Mereka menilai al-Quran sebagai ketinggalan zaman dan menjauhkan diri mereka dari mengamalkan sunnah Nabi.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts