Boleh ke pakaian terkena percikan air lopak dibawa solat?

“Alamak, pakaian aku kena percikan air lopak masa nak jalan pergi masjid tadi, macam mana nak solat ni?”

Barangkali situasi itu pernah terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaupun sudah dibersihkan, kesan percikan itu masih lagi kelihatan.

Tambah memeningkan apabila air lopak itu datang dari atas jalan raya kotor yang turut dilalui oleh haiwan.

Dalam situasi tersebut, menurut pendakwah Ustaz Azhar Idrus, dimaafkan andai air kotoran terpercik dari jalan raya yang sukar untuk kita menjaganya, asalkan ia bukanlah ain najis.

“Sekiranya memang ada najis pada jalan tersebut, kemudian ditimpa hujan, maka percikan air pada pakaian dan badan kita dimaafkan andai sedikit. Ini kerana sukar untuk memelihara daripada terkenanya.

“Jika pakaian yang terkena percikan tadi dibasuh terlebih dahulu, perbuatan itu adalah lebih elok,” katanya sebagaimana dikongsikan menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Pendakwah terkemuka itu kemudian memetik pandangan Imam al-Rafie dalam kitab Fathul Aziz yang menyatakan: “Dan adapun suatu yang diyakini akan najisnya, maka dimaafkan yang sedikit daripadanya. Dan adapun yang banyak, maka tidaklah dimaafkan.

Bagaimana pula jika kita tidak pasti sama ada percikan air yang terkena pada pakaian itu bernajis atau tidak, kemudian terus mendirikan solat

“Namun begitu, jika kita meyakini bahawa air lopak tadi adalah najis disebabkan ada bukti-bukti meyakinkan seperti melihat anjing membuang air di situ dan percikan air itu mengenai pakaian kita, maka wajib untuk mengulangi semula solat yang dilakukan.

“Ini kerana antara syarat sah solat adalah wajib memastikan pakaian yang dipakai dan digunakan dalam solat adalah bersih dan suci daripada najis,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Al-Kafi #1458: Terkena Percikan Air yang Diragui Kesuciannya yang disiarkan dalam laman web pejabat mufti berkenaan.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts