Budaya ‘troll’ dan ‘sarkastik’ yang menenggelamkam keseriusan para pendakwah

dhikr-of-allah

 

Buat para pencinta umat, para aktivis dakwah dan para pencinta kebenaran,

Kurangkanlah gaya bahasa berbentuk sarkastik dan troll dalam percakapan. Sesuaikan diri dan lidah dengan apa yang kita bawa. Semurni perjuangan itu, semurni itulah kelakuan dan tingkahlaku. Fahamilah bahawa kitalah terjemahan mesej itu.

Sungguh, masyarakat lebih terdidik dengan gaya bahasa yang penuh sopan, terus terang, beradab dan enak didengar berbanding perlian, trolling dan sarkastik yang walaupun ia mengundang jenaka dan ada mesej tertentu, ia dikhuatiri tidak mendidik mereka bagi memahami erti kesungguhan.

Adakah masyarakat kita kurang bijak hingga perlu kita ‘outsmart’ trolling orang lain sampai ke sudah, untuk nampak siapa lebih bijak pusing-memusing dan kata-mengata ?

Atau masyarakat kita perlukan manusia yang jelas pendirian, faham prioriti, jelas apa yang diperjuangkan, berhujjah bukan semata ‘for the sake of argument’ tapi untuk membentang kefahaman dan menilai situasi, serta yang lebih penting adalah harapan kepada mereka bahawa masih wujud golongan yang serius, berjiwa besar dan merdeka, memikirkan perihal mereka dan nak bawa mereka keluar dari kemelut yang ada ?

Al-Quran diturunkan kali pertama dengan pelukan yang hampir-hampir Nabi SAW pengsan. Ia adalah perkataan yang tegas, bukan sebarang kata-kata gurauan dan sia-sia (At-Tariq).

Pemikul risalah yang mulia ini sepatutnya mempamerkan akhlak selayaknya bagi manusia memahami apakah gayanya bila risalah ini dibumikan.

Trolling dan sarkastik tidak membina kita, hakikatnya ia hanyalah bahan untuk nampak ‘bijak’ dan membawa kepada gelak tawa, mungkin sekali pandang nampak kita pandai pusing dan buat pukulan balas, tapi akhirnya kita pun tak tahu apa yang kita dah bina sebenarnya ?

Kembalilah kepada simat (ciri-ciri) para mujahid. Yang mengajar umat erti kesungguhan, dan mengajar mereka nilai-nilai sebuah perjuangan.

Wallahua’lam.

Ustaz Ahmad Syamil Md Esa

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts