Bukan Islam makin berani sentuh kedudukan Islam, Raja Melayu

 

SHAH ALAM – Orang bukan Islam kini dilihat semakin berani menyentuh tentang agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keberanian sesetengah pihak yang menjadikan internet dan laman sosial berkenaan isu tersebut dibimbangi merosakkan pemikiran generasi muda.

“Hari ini kita dapat melihat orang bukan Islam berani menyentuh perkara agama Islam yang bukan hak mereka dan kadang-kadang melibatkan hukum yang tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

“Ini termasuklah dalam masalah institusi Raja-Raja sendiri. Ada yang berani menulis dalam media sosial. Ini sangat bahaya, langit terbuka ini akan menjadikan kefahaman generasi muda yang mewarisi negara akan datang menjadi celaru sebab itu perlu dibetulkan keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video ketika ditemui bual wartawan akhbar milik parti itu, Harakah yang dimuat naik dalam laman Facebooknya di sini semalam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, peruntukan perlembagaan telah menetapkan kontrak sosial melibatkan semua kaum teras yang menjadi masyarakat majmuk di negara ini.

“Masyarakat ini diwakili oleh parti-parti politik dalam pilihanraya pada tahun 1955 dan 1959 sehingga tahun-tahun yang berikutnya.

“Itulah Perikatan dan PAS satu-satunya pembangkang pada ketika itu, di mana mereka lebih mengetahui semangat dalam perlembagaan pada ketika itu,” ujar beliau.

Menurut Abdul Hadi, walaupun terdapat rasa tidak puas hati namun golongan bukan Islam memandang kehebatan teras perlembagaan tersebut.

“Kehebatan raja-raja, kehebatan Islam, kehebatan orang Melayu itu sendiri itu ada. Walaupun ada tersinggung tetapi mereka tidak berani, tidak seperti sekarang ini,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts