Bukan wanita, semua lelaki dalam satu saf – Jakim

PETALING JAYA – Tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan jemaah solat yang bercampur saf antara lelaki dan wanita telah mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, video berkenaan diyakini telah dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini.

Kem tersebut yang diadakan di Cameron Highland anjuran bersama Jakim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi dan institut pendidikan tinggi (IPT) lain.

“Peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela. Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah.

“Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.

Tambah Jakim, ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.

“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” jelas Jakim dalam satu kenyataan kelmarin – KOSMO! ONLINE.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts