Penyebaran agama Kristian dilakukan secara terbuka di dalam LRT oleh golongan Mormon yang dianggap sesat oleh Kristian arus perdana. Kegiatan penyebaran Kristian secara terbuka hatta kepada Muslim adalah sesuatu yang dimaklumi oleh kami di MRM.
Kita boleh menilainya dari pelbagai sisi iaitu positif atau negatif. Positif ialah Muslim secara umum dan pemuda Muslim secara khususnya perlu lebih rajin turun padang bagi menyampaikan Islam kerana jikalau pemuda Kristian dari luar negara sanggup ke Malaysia untuk menyebarkan Kristian, sepatutnya Muslim yang ada di Malaysia lebih agresif dalam penyebaran Islam!
Sisi negatifnya adalah mereka tidak mempedulikan undang undang negara yang melarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Ini isu undang-undang Malaysia bukannya soal lain. Usah dipolemikkan.
Siai pandang yang mana satu kita mahu pilih? Jikalau sekadar negatif, maka kita akan terus rajin mengadu dan fobia tanpa usaha dakwah atau kita mahu ambil sisi positif iaitu turut serta dalam gerak kerja dakwah dan mempertingkatkan usaha dakwah kita?
Tepuk dada tanya iman…
Firdaus Wong Hai Hung
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM)
www.indahnyaislam.my