Bulan menyantuni mualaf : Sebar keindahan,penjelasan tentang Islam

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Bulan Menyantuni Mualaf 2023 bermula 1 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023.

Program itu bertujuan untuk menyebarkan keindahan ajaran Islam serta memberikan penjelasan dan kefahaman kepada mualaf tentang syariat Islam.

Selain itu JAWI berkata program itu juga menyantuni mualaf dengan pelbagai aktiviti pengimarahan masjid, dan menjalinkan kolaborasi strategik antara agensi, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat awam dalam usaha dakwah terhadap golongan mualaf.

“Perkara tersebut selaras dengan agenda yang ditetapkan oleh Pelan Strategik Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2022-2026. 

“Program berkenaan menyasarkan penyertaan dalam kalangan mualaf dan masyarakat awam sekitar Wilayah Persekutuan khususnya para pelajar di Kompleks Darul Hidayah (KDH) iaitu sebuah pusat perlindungan sementara dan bimbingan mualaf,” jelas JAWI dalam kenyataan semalam.

Sejumlah 12 acara menarik disusun sempena Bulan Menyantuni Mualaf 2023 termasuklah Korban Mualaf MADANI, Khutbah Khas Mualaf, Karnival Harmoni MADANI, Ziarah Rahmah MADANI, dan Konvensyen Mualaf 2023.

Khutbah khas mualaf bertemakan Santuni Saudara Baharu akan dibacakan serentak di 90 buah masjid dan 135 surau Jumaat seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 14 Julai 2023.

Majlis pelancaran Bulan Menyantuni Mualaf 2023 akan diadakan sempena program Karnival Harmoni MADANI di Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara, Kuala Lumpur pada 23 Julai 2023 (Ahad) jam 11.00 pagi.

Senarai program sempena Bulan Menyantuni Mualaf 2023 serta tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

Masyarakat yang tinggal berhampiran dengan lokasi penganjuran program diundang untuk bersama-sama menyertai dan memeriahkan acara yang diadakan.

Sepanjang tahun 2023 sahaja JAWI telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program terhadap golongan mualaf terutamanya berkaitan pengurusan pengislaman dan menyediakan kemudahan pendidikan asas Islam di KDH dan masjid-masjid terpilih sekitar Wilayah Persekutuan melibatkan peruntukan berjumlah RM6.48 juta yang disumbangkan oleh MAIWP. – AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts